Showing posts with label petua keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label petua keibubapaan. Show all posts

June 18, 2014

Beri Peluang Anak Anda Bermain

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling menyeronokan. Mana tidaknya, sepanjang masa dihabiskan dengan bermain.

Selain tidak perlu memikirkan mengenai masalah sekeliling, menjadi seorang kanak-kanak juga bermakna anda bebas bermain dan meneroka kehidupan ini mengikut kemahuan sendiri.

Begitu pun, tidak ramai ibu bapa yang sanggup mengambil risiko membenarkan anak mereka bermain dan bebas menerokai alam di sekeliling mereka.

Ini kerana naluri semula jadi ibu bapa sememangnya sentiasa mahu melindungi anak meskipun tanpa sedar ini boleh menyebabkan mereka kurang berdikari.

Keadaan itu tidak boleh diambil mudah kerana kanak-kanak seharusnya diberi peluang melalui pengalaman sendiri untuk melatih mereka berdikari bagi menghadapi kehidupan masa depan yang lebih mencabar.


Pakar Perkembangan Kanak-kanak Fisher Price Asia Tenggara, Carrie Lupoli berkata, bermain sangat penting kerana ia fitrah semula jadi bagi kanak-kanak yang sedang melalui pelbagai fasa sebelum mencapai tahap kedewasaan.

Bermain adalah peringkat permulaan kanak-kanak pada proses pembelajaran, membina perhubungan serta kemahiran harian dalam membina perkembangan otak.

“Ramai ibu bapa tidak tahu tempoh usia sebulan sehingga mencecah tiga tahun ke atas adalah masa yang sangat kritikal dalam membantu fungsi perkembangan otak serta pembelajaran mereka.

“Dalam tempoh itu, kanak-kanak perlu diajar untuk meneroka apa yang ada di sekitar mereka tanpa rasa takut untuk mencuba,” katanya.

Menurut Carrie, setiap ibu bapa seharusnya menyediakan asas yang kukuh kepada anak mereka dan bukan hanya mengutamakan pencapaian pembelajaran semata-mata.

Ibu bapa seharusnya menggalakkan anak supaya berfikir di luar kotak dan lari daripada kebiasaan yang sering mereka lakukan.

“Pemikiran kreatif ketika bermain menunjukkan minda kanak-kanak sedang berkembang secara semula jadi.

“Justeru, sebagai langkah sokongan, anda boleh membeli peralatan mainan yang dapat membantu mereka belajar dan berdikari sesuai dengan peringkat umur,” katanya.

Tambahnya, ibu bapa di negara barat contohnya mula mendidik anak mereka untuk berdikari ketika masih kanak-kanak. Tidak hairanlah jika remaja di barat yang berusia 18 tahun sudah keluar dari rumah ibu bapa untuk belajar hidup sendiri.

“Situasi berkenaan berbeza dengan masyarakat di Asia kerana ada sesetengahnya yang masih selesa tinggal bersama keluarga meskipun sudah memasuki alam pekerjaan atau berumah tangga,” katanya.

Carrie berkata, ibu bapa perlu mendidik anak masing-masing dengan apa yang mungkin diperlukan ketika mereka dewasa kelak.

Dalam hal berkenaan katanya, ibu bapa perlu memberi sokongan penuh walaupun ada ketikanya apa yang berlaku bukan seperti yang mereka rancang.

“Dalam mendidik anak, pembelajaran itu perlu sentiasa berterusan kerana perkembangan minda kanak-kanak hanya mula stabil ketika mereka berusia enam tahun.

“Untuk itu, ibu bapa perlu mengambil peluang yang ada untuk mendidik dan menerapkan nilai murni dalam diri kanak-kanak sejak peringkat awal bagi memastikan mereka mempunyai asas yang kukuh,” katanya.

Sementara itu jelasnya, walau sesibuk mana sekali pun, ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan perkembangan minda anak mereka.

Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab berkenaan kepada pengasuh atau guru di sekolah semata-mata.

“Sebaiknya, ibu bapa perlu selalu meluangkan masa bersama anak sama ada mengajak mereka berbual atau menyertai permainan bersama.

“Bermain sambil belajar bukan saja untuk hiburan, tetapi dapat membantu memberi banyak pengajaran berguna kepada si kecil.

“Masa berharga itu bukan saja membuatkan si kecil berasa dihargai, malah ia juga dapat mempengaruhi perkembangan minda dan fizikal dengan lebih sempurna,” katanya.-Harian Metro

April 15, 2014

Kisah anak yang 'menjadi' dan anak yang 'tidak menjadi'

Cikgu Zakuan (bukan nama sebenar) adalah seorang guru cemerlang yang begitu berjaya di sepanjang kerjayanya. Beliau dan isterinya Maimunah yang juga seorang guru berijazah mempunyai anak yang agak ramai dan terpelajar.

Google Image
Semua anak-anak mereka berjaya dalam akademik dan cemerlang dalam profession masing-masing setelah memiliki ijazah perubatan, ijazah sarjana dan ada juga yang memiliki ijazah kedoktoran falsafah di universiti yang terkenal di dalam dan di luar negara.

Ringkasnya, semua anak-anak mereka kini berjawatan tinggi dan bergaji besar kecuali ‘Angah’, anak ke duanya yang tidak begitu ‘menjadi’ kerana tidak belajar sampai ke universiti dan hanya melakukan kerja-kerja pertanian di tanah pusaka peninggalan datuknya di kampung.

Namun apabila Cikgu Zakuan dan Cikgu Maimunah telah sampai ke tahap usia emas, ke semua anak-anaknya yang hebat dan berjaya tadi terus menetap di KL, Ipoh dan JB kerana berdekatan dengan institusi tempat mereka bekerjaya.

Anak-anaknya yang mempunyai posisi istimewa di dalam kerjaya ini tidak mempunyai banyak kesempatan untuk meluangkan banyak masa dengan mereka berdua yang semakin tua melainkan panggilan talipon sekali sekala dan ziarah di hari raya yang sangat mereka nanti-nantikan.

Lebih menyedihkan apabila ada di kalangan mereka yang langsung tidak mengambil berat mengenai keadaan ayah dan ibu mereka yang semakin tua. Bahkan juga tidak mengambil berat mengenai tanggung-jawab lain sebagai seorang Islam seumpama mengerjakan solat dan sebagainya.

Tinggallah Angah, anak ke duanya yang merupakan seorang petani yang dikatakan oleh orang ramai sebagi tidak ‘menjadi’ itu. Angahlah yang tekun berkhidmat dengan mengiringi Cikgu Zakuan dan isterinya yang semakin tua ke masjid setiap hari dan juga menemani mereka menyertai aktiviti masyarakat kampung yang lainnya sehinggalah mereka berdua meninggal dunia.

Apabila diceritakan kisah ini dan cerita-cerita yang seumpama dengannya, saya akan terus teringat kepada doa Nabi Ibrahim a.s,

“Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang – orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhanku perkenankanlah doaku , ya Tuhanku beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan seluruh orang mukmin, pada hari terjadinya hisab.

Surah Ibrahim ; Ayat 40 -41

Moga-moga kita berjaya memiliki anak-anak ‘yang menjadi’ dari pandangan ‘mata hati’….
Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin


April 14, 2014

Hindari Lelaki Gatal

Google Image
LELAKI. Akalnya beribu, nafsunya satu. Apabila sampai pada peringkat umur tertentu, perangai miang mula menonjol. Barat kata, Life begin at 40.

Ketika peringkat inilah kaum lelaki mula berada pada kedudukan kewangan yang paling stabil malah berlebihan. Mereka ada kuasa di tempat kerja dan tidak kurang juga yang mencapai taraf hebat dalam perniagaan masing-masing.

Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan tahap ‘macho’ dan kegagahan lelaki. Apabila kuasa dan kestabilan hidup berada di tangannya, hormon testosteron yang mendorong dia menjadi sang pemburu mula berlebihan.

Minat memburu semakin membara tidak kisah ke arah apa pun baik dari segi hobi memancing, mengumpul barangan antik, motor kuasa besar dan macam-macam lagi termasuklah memburu nafsunya yang satu, iaitu wanita.

Dia akan memburu wanita cantik dan muda terutama sekali yang paling sukar untuk ditawan. Jika perkara ini tercapai, dia akan berasa kepuasan yang tidak terhingga.

Dia akan berbangga menceritakan kepada kawan-kawan mengenai kejayaannya memburu wanita-wanita cantik di luar.

Ini kerana, sang pemburu akan jadi lebih bermotivasi apabila dia berjaya meletakkan diri melebihi pencapaian saingan-saingannya.

Dia akan berusaha untuk menangkap mangsa dengan pelbagai cara dan taktik. Dengan semua kelebihan ada terutama sekali kewangan dan hormon yang tinggi, maka mudahlah dia melakukan pemburuan.

Dorongan untuk bermiang-miang juga semakin hebat, meski pun ada isteri cantik di rumah!

Itulah lelaki. Lelaki miang setepatnya. Bagi kaum wanita, belajarlah cara menangkis usaha golongan ini. Usah hairan jika anda salah seorang mangsa gangguan-gangguan lelaki miang di tempat kerja. Mereka hanya perlu ditebak dengan sikap tidak ambil peduli. Jika perlu, laporkan kepada pihak berkuasa atau majikan.

Dan bagi para isteri, ketahui bagaimana mengawal lelaki miang. Pelajari dan buat persediaan melangkah ke satu peringkat di mana suami anda bakal berada di tahap paling stabil dalam kehidupannya.

Apabila perubahan mula berputik, mulakan pelan kawalan anda. Tawan hatinya dan tenteramkan dia di syurga rumah tangga anda.

Jika segala-galanya telah anda lakukan namun tidak menampakkan jalan, muhasabah diri dengan kenyataan ini; Tak perlu teman sehebat Sulaiman, andai tidak secantik Balqis; tak perlu diharap yang setampan Yusof, andai kasih tak setulus Zulaikha; usah damba seteguh Ibrahim, andai tak sekuat Siti Hajar; Mengapa mahu bak Rasulullah, andai hati tak sesempurna Siti Khadijah.

Hargai apa yang kamu ada. Cari kebaikan dan kelebihan yang tersembunyi. Ada sebab mengapa dirimu dijodohkan dengan dia meskipun fitrahnya mengejar sesuatu yang lain.-SINAR

April 12, 2014

Tips Mudah Hamil Menurut Islam

Tips Mudah Hamil Menurut Islam
 
Google Image

Siapa yang bergelar suami isteri di dunia ini yang tidak mahu dipanggil ayah dan ibu, siapa yang tidak mahu ada zuriat. Anak adalah anugerah Ilahi yang paling berharga, terasa sunyi jika tiada anak atau masih belum dikurniakan anak.
Firman Allah SWT dalam surah (asy-Syura: 49-50) yang bermaksud :
“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
Anak adalah rezeki, amatlah beruntung kepada sesiapa yang telah dikurniakan anak lebih awal dari yang lain, bersyukurlah, jangan kufur dengan nikmat yang Allah berikan, jangan terlalu berbangga dengan kejayaan, kerana kejayaan itu milik Allah Ta’ala, bagi kita sebagai hamba hanya mambu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kerana anak itu tercipta bukan kerana kuasa manusia.

Anak yang dilahirkan adalah anugerah Ilahi dan kurniaan daripada Allah Ta’ala kepada umatnya. Zuriat bukan sekadar penyambung warisan malah bukti kekuasaan Allah. Tidak dinafikan bahawa setiap pasangan berumahtangga sentiasa mengimpikan anak untuk menyerikan lagi rumahtangga mereka.

Oleh itu, anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh mereka supaya menjadi insan yang berguna kelak. – hasnulhadiahmad.com

Doa Dan Amalan Untuk Mendapat Zuriat
Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang. Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin. Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.

Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.

1. Pertama
bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.

2. Kedua
bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”
Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.

Bagi ibu yang mengandung, persediaan rohani dan adab penting semasa mengandung bagi menentukan tingkah laku anak yang bakal dilahirkan samada baik atau sebaliknya.

Amalan-Amalan Untuk Mendapat Zuriat
Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.

Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.

Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

1. Amalan pertama.
Selepas Fajar ataupun Solat Subuh
- Baca Bismillah 1 kali
- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.

2. Amalan kedua.
- Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
- Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
- Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
- Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya. – Ustazah Siti Nor Bahiyah

Wallahualam

Tips Memberi Bayi Makan Ubat

Anda pasti pernah dan akan mengalami masalah ini. Bayi susah untuk makan ubat adalah perkara biasa. Ada juga bayi yang suka makan ubat. Namun bagi bayi yang susah untuk makan ubat bagaimana caranya?

Tips Memberi Bayi Makan Ubat

Google Image
Apabila hendak memberi ubat kepada bayi, lapik bahagian dada bayi agar ubat tidak tumpah ke atas baju.

Sterilkan semua bahan seperti sudu atau pun syringe untuk mengelakkan jangkitan kuman. Sekiranya bayi masih belum duduk, pegang bayi seperti mahu menyusukannya.

Sekiranya bayi sudah boleh duduk, pangku bayi dan letakkan sebelah tangannya di belakang anda. Pegang sebelah lagi tangannya dengan kemas untuk mengelakkan bayi meronta.

Sukat dos yang dinasihatkan dan letak ke dalam sudu yang sudah disterilkan.

Sekiranya bayi enggan makan ubat, celupkan ibu jari ke dalam ubat biarkan bayi menghisap ibu jari anda. Teruskan sehingga ubat habis di makan.




Tips Dapatkan Anak Perempuan

 Tips Dapatkan Anak Perempuan
 
Goolge Image

Mulakan dengan doa dan niat untuk memperoleh jantina bayi perempuan.
Pastikan hubungan seksual dilakukan pada waktu subur isteri iaitu antara hari kesebelas hinggalah hari kesembilan belas dari kiraan pertama datangnya haid.
Biarkan suami melepaskan hanya lima puluh peratus sahaja spermanya ke dalam rahim isteri sementara bakinya dirembeskan di bahagian pangkal rahim.
Selepas berasmara, isteri digalakkan tidur mengiring ke sebelah kiri dan sekiranya membelakangkan suami maka mintalah izin terlebih dahulu.
Akhiri dengan doa agar hajat yang diinginkan dimakbulkan oleh-Nya 

Amalan pemakanan ketika janin berusia satu hingga empat bulan :
1. Banyakkan pengambilan sayur, sup, asam serta jenis yang beralkali.
2. Lebihkan buah-buahan .
3. Elakkan dari mengambil minuman berkarbonat.

Perbuatan yang digalakkan ketika kandungan berusia satu hingga sembilan bulan
1. Amalkan membaca surah Yusuf dan Maryam.
2. Usap kandungan dengan lembut dan panggillah bayi anda dengan nama Maryam atau Siti Aishah.
3. Banyakkan berdoa agar permintaan anda dikabulkan.

Tips mengajar bayi yang mudah

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Bersama ini ada 10 tip untuk membantu anak anda mencapai potensi diri.  

Google Image
1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten.  Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat.  Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang  berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan berbahasa bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar  yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya.  Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul.  Daripada anda menggunakan ‘ne ne’  yang mewakili  susu  atau ‘mam mam’ untuk makanan.  Anda pasti teruja bila bayi anda  dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya  memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut  kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi  inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda,  pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan  membacakan buku kepadanya  supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten.  Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda.  Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan.
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia  belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira. 

8. Belajar dengan gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus  supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.-PAMA

April 09, 2014

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU

10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU


Google Image

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
... 
2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel 

TEMPAT TIDUR ANAK MENGIKUT ISLAM

TEMPAT TIDUR ANAK MENGIKUT ISLAM

Google Image

Salah satu punca anak muda dibarat tertekan dan stress adalah disebabkan mereka tidak mempunyai ikatan kekeluargaan yang kuat. salah satunya ialah mereka telah diasingkan tempat tidur sejak dari bayi lagi...bayangkan ketika masih kecil, mereka menangis keseorangan sedangkan ibu dan ayahnya sedang nyenyak tidur...ianya telah membentuk personaliti anak-anak tersebut....
Sebagai ibu muslimah, kita perlulah sentiasa berada di sisi anak ketika mereka memerlukan kita.

hadis ada menyatakan bahawa:

"Order your children to observe Salat when they reach the age of seven and spank them for not observing it when they reach the age of ten, and arrange their beds (for sleeping) separately." (Abu Dawud)

Secara praktikalnya, anak kecil perlulah tidur bersama ibu bapanya terutama ketika fasa menyusu. ianya juga dapat mengeratkan kasih sayang dalam keluarga...ketika siang, ibu dan ayah sibuk bekerja, pada waktu malam sahajalah dapat dimanfaatkan untuk kita membina ikatan kekeluargaan bersama anak-anak....Bagi yang baru berkahwin laburlah untuk membeli katil yang besar untuk pelaburan jangka panjang.

Wajar atau tidak Suami teman isteri bersalin?

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN

Google Image
Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
... 
1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda? Kongsikan pengalaman anda.

April 08, 2014

Hidroterapi Ais:Sampaikan Hajat Ibu


Google Image
Hidroterapi ais adalah terapi kesihatan alternatif yang dikatakan boleh membantu merawat pelbagai penyakit tanpa menggunakan bahan kimia ataupun pembedahan.

Teknologi terulung dalam rawatan Vibrasi Terapi Warna (CVT) sebagai ikhtiar merawat penyakit, kecantikan wajah dan menenangkan minda.

Tiada fakta mengatakan ais tidak bagus untuk kanak-kanak. Malah, bayi yang dimandikan dengan air sejuk, tulang mereka lagi kuat dan sistem imun bertambah kuat, bertujuan membantu melawan penyakit.” Nooraizan Mamat, Pengarah Urusan Million Aura Consulting & Training Sdn Bhd

Bagaimanapun, ramai masyarakat masih takut dan tidak faham konsep sebenar penggunaan ais dalam merawat penyakit walaupun hakikatnya terapi menggunakan ais atau air sejuk bukan perkara baru malah sudah dipraktik sejak zaman dulu lagi.

Sampaikan `mesej’ ibu

Terkini, hidroterapi ais diamalkan untuk bayi dan kanak-kanak. Selain membantu menguatkan tulang, kaedah rawatan ini juga dipercayai membantu ‘menyampaikan mesej’ ibu.

Mesej ibu disampaikan menerusi rakaman doa dalam getaran ais kepada anak yang mengalami masalah pembelajaran atau perilaku.

Pengarah Urusan Million Aura Consulting & Training Sdn Bhd (Million Aura), Nooraizan Mamat, berkata hidroterapi ais mempunyai banyak manfaat dan kini, ramai ibu bapa datang mendapatkan rawatan bertujuan memperbaiki hubungan antara ibu dan anak.

Ada juga, katanya, ibu bapa membawa anak hiperaktif jauh dari Sabah dan Sarawak, demi merawat anak supaya kembali normal. Selain ikatan kasih sayang yang renggang, pemakanan juga menjadi penyebab anak mempunyai tingkah laku luar biasa.

“Ramai juga mengakui anak tidak fokus dalam pelajaran dan tanpa disedari, ini sebenarnya disebabkan tubuh anak terdedah kepada ion negatif dipancarkan barangan elektrik.

“Ion negatif inilah yang menyebabkan neuron otak terpisah dan menyukarkan anak menerima arahan atau memahami pelajaran,” katanya.

Ion positif

Nooraizan berkata, bahan digunakan untuk terapi ais seperti garam bukit dan air ozon adalah elemen ion positif yang dipercayai membantu sebagai penawar permasalahan dihadapi kanak-kanak.

Bagaimanapun, proses pemulihan tidak hanya bergantung kepada ais kerana dalam prosedur hidroterapi ais, Nooraizan turut mengguna pakai kaedah kaunseling bersama pakar terapi bertauliah.

“Pakar terapi kami berkelayakan dalam bidang Neuro-linguistic dan jika menerima kes membabitkan anak bermasalah dalam pelajaran atau sosial, kami akan gunakan teknik ini untuk mencari punca mereka jadi begitu,” katanya.

Apabila sesi kaunseling berakhir, pakar terapi akan mengenal pasti masalah kanak-kanak terbabit serta bahan dan doa sesuai untuk dirakam di dalam ais sewaktu sesi mandi ais.

Hidroterapi ais adalah terapi pertama seumpamanya yang menggabungkan elemen atau unsur semula jadi yang dapat memberi keseimbangan kepada tubuh secara keseluruhan.

Dengan menggunakan bahan asas seperti air berion (alkali), garam bukit, ais, tujuh jenis pati bunga aromaterapi ‘Full Moon Seri Wajah’, sulfur, pati peppermint, kapur dan madu dimasukkan ke dalam tab mandian.

“Sebelum mandi, ibu bersama anak dan ahli terapi bersama-sama berdoa. Dalam ilmu fizik, air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan,” katanya.

Rawat penyakit kulit

Tidak hanya itu, Nooraizan berkata, penggunaan pati bunga bersesuaian juga seperti peppermint dan teh hijau boleh digunakan bagi merawat penyakit kulit.

Dalam setiap sesi, beliau berkata, sebanyak 10 hingga 20 kilogram ais digunakan untuk tempoh mandian kurang dua jam mengikut usia kanak-kanak bermula dua bulan ke atas.

Katanya, ibu bapa tidak perlu risau kerana si kecil tidak akan berasa sejuk kerana ketika ini, tulang sulbi (tulang paling bawah dari tulang punggung) mereka masih lembut dan tidak mudah berasa sejuk berbanding orang dewasa.

“Malahan, bayi yang dimandikan dengan air sejuk, tulang mereka lagi kuat dan sistem imun bertambah kuat bertujuan membantu melawan penyakit.

“Tiada fakta mengatakan ais tidak bagus untuk kanak-kanak. Jadi, benarkan mereka mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan membantu meningkatkan kecerdasan fikiran serta kepantasan pergerakan,” katanya.

Nooraizan juga mengakui beliau adalah penghidap asma sejak kecil dan bergantung kepada ubatan serta alat sedut, tapi kini penyakit itu tidak lagi menjadi masalah kepadanya iaitu selepas beliau mengamalkan kaedah mandi ais.

Berita Harian

March 31, 2014

Tips Ciuman untuk anda




Bercium adalah satu seni yang memainkan peranan penting ketika menggoda pasangan anda, ataupun ketika berasmara. Bercium dengan teknik yang betul adalah kunci untuk menentukan sama ada pasangan anda akan puas, atau sebaliknya, dan sudah pasti akan menentukan kejayaan untuk aksi seterusnya.

Ramai yang gagal memanfaatkan seni bercium sebaiknya dan seringkali mengabaikan teknik bercium ketika pemanasan, mahupun ketika hubungan kelamin. Amat rugi sekali kerana jika anda mengetahui teknik ciuman yang tepat, hubungan asmara anda akan menjadi lebih hebat dan asyik.

Di sini saya berikan 4 tips ciuman yang boleh anda amalkan untuk membuatkan pasangan anda hilang kawalan dengan ciuman anda:
  1. Tips Ciuman 1 - Kenali lokasi hotspot
Apabila membincangkan hotspot, sudah pasti anda terbayangkan bahagian sensitif pada badan pasangan anda seperti kemaluan, punggung, dan sebagainya... Salah!
Hotspot yang saya maksudkan di sini ialah bahagian sensitif pada wajah pasangan anda. Terdapat tiga bahagian sensitif pada wajah pasangan anda boleh anda gunakan sebagai permulaan ciuman. Bahagian-bahagian ini adalah pada tepi mata, tepi bibir dan belakang cuping telinga.
Jadi sebelum anda menerkam bibir pasangan anda, kucup dengan lembut dan menggoda bahagian-bahagian ini. Saya jamin pasangan anda sendiri yang akan menerkam bibir anda kerana tidak tahan apabila bahagian-bahagian sensitif pada wajahnya dibelai bibir anda.
  1. Tips Ciuman 2 - Permainan menggoda
Apabila anda sudah tiba ke bahagian bibir, jangan terus mencium bibir si dia berterusan. Sebaliknya kucup sedikit dan tarik bibir anda. Teruskan pada bahagian hotspot yang dibincangkan sebelum ini. Atau ucapkan kata-kata romantik sebelum mencium semula bibir beliau.
Anda juga boleh menjilat lembut bibir pasangan anda dengan lidah dan tarik kembali ciuman anda. Gunakan imaginasi anda untuk menggoda si dia dengan permainan ini.
  1. Tips Ciuman 3 - Variasikan ciuman
Jangan jadikan ciuman anda ciuman yang membosankan pasangan anda. Berikan sedikit variasi ketika bercium. Contohnya satu ketika anda mencium dengan rakus kemudian dengan pantas lembutkan ciuman anda. Pastikan anda melihat ke mata si dia dengan penuh kasih sayang ketika bercium kerana ini akan membuatkan si dia 'cair'.
  1. Tips Ciuman 4 - Bukan sekadar bibir
Ciuman terbaik bukan hanya menggunakan bibir. Untuk melakukan teknik ciuman yang hebat, belajar untuk menggunakan jari, hidung dan nafas anda ketika bercium. Jari boleh digunakan untuk mengusap pipi, leher atau tubuh pasangan anda ketika bercium.
Hembusan nafas boleh digunakan pada bibir, telinga dan leher si dia untuk memberikan sensasi baru kepada beliau. Sebagai contoh, basahkan leher si dia dengan lidah anda, kemudian hembus dengan lembut pada bahagian tersebut. Lihat reaksi beliau. Jangan terkejut jika beliau mendesah kesedapan hanya dengan hembusan anda. :)

Saya berharap anda akan mengaplikasi ilmu ini ketika menggoda dan mencium pasangan anda. Selamat mencuba

March 27, 2014

Khalwat Siber-Dosa Sepanjang Hayat

BUKAN lagi suatu yang menghairankan, kanak-kanak seawal usia satu tahun sudah tahu, malah cekap menggunakan peralatan komunikasi berteknologi tinggi. Yang tidak tahu, pasti dianggap ketinggalan atau ia sesuatu yang jarang berlaku dalam senario negara menuju kemajuan sains dan teknologi.

Google Internet
Tidak kira di mana sahaja, pelbagai gajet terkini seperti tablet, komputer riba dan telefon bimbit dilihat bagai ‘teman’ karib yang sentiasa berada di sisi golongan digelar generasi Y itu.

Justeru, tidak hairanlah penggunaan laman sosial melalui internet amat popular dalam kalangan masyarakat di negara ini, terutamanya bagi golongan remaja.

Malahan, ketaksuban dalam melayari laman sosial tersebut sehingga segala perbuatan yang dilakukan hari-hari dimuat naik untuk dikongsikan bersama kenalan yang terdapat di sesuatu laman sosial tersebut.
Pensyarah Kanan Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr. Muhammed Yusof berkata, bagaimanapun seiring dengan kemajuan tersebut, umat Islam perlu berhati-hati dalam menggunakan kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Ini katanya kerana, dikhuatiri penggunaan laman sosial secara tidak bijaksana boleh mengakibatkan dosa yang berterusan terhadap seseorang individu walaupun ketika melakukan kebaikan.

Tambahnya, ia apabila laman sosial yang sepatutnya dijadikan landasan untuk berhubung serta berkongsi maklumat itu disalah guna sebagai ruang luahan peribadi, keji-mengeji dan dibangga-banggakan.

“Islam tidak menghalang umatnya untuk mengikuti teknologi, malah lebih digalakkan agar tidak ketinggalan dan mendapat manfaat daripadanya. Tetapi asasnya adalah bagaimana kita menggunakannya?
“Ia seumpama pisau yang terletak di tangan penggunanya iaitu sama ada akan memberi manfaat jika digunakan dengan baik dan sebaliknya jika disalahgunakan.

Google Image
“Apa yang kita lihat, realiti yang berlaku, kerakusan segelintir masyarakat, khususnya umat Islam yang sering menyalahgunakan laman sosial ini tanpa disedari boleh membuahkan dosa secara berterusan pada setiap masa dan saat, selama 24 jam," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Memberi contoh tersebut, Muhammed berkata, adalah seperti memuat naik gambar, perkongsian informasi dan juga sebarang pendapat tanpa meneliti terlebih dahulu.

“Bagi gambar-gambar yang mendedahkan aurat memang sudah jelas hukumnya adalah haram dan mendatangkan dosa setiap kali dilihat orang. Apa yang perlu kita beri perhatian, adalah gambar yang ditangkap secara peribadi bersama ahli keluarga.

“Mungkin sekadar suka-suka atau simpanan peribadi, tetapi tanpa kita sedari golongan mahram tadi yang memuatnaikkan di laman sosial miliknya. Walaupun tidak berdosa jika bukan dengan kerelaan, tetapi kita tetap perlu berhati-hati kerana boleh menimbulkan fitnah.

“Begitu juga memuat naik gambar-gambar dengan fesyen terkini keterlaluan, walaupun dikatakan fesyen Muslimah," ujarnya.

Selain itu tambahnya, perkongsian status dan pandangan yang diberikan juga perlu dibatasi kerana dikhuatiri membuka aib diri sendiri atau orang lain.

“Sebagai contoh, apabila memberi komen kepada status kenalan yang meluahkan kesalahan dosa yang dilakukan, elakkan daripada berkongsi dengan mengaitkan kesalahan silam atau perkara sama yang berlaku kepada diri kita.

“Ia seolah-olah membuka aib terhadap diri sendiri atau pun orang yang terlibat. Ini kerana, perkongsian status dan komen yang diberikan di laman sosial dapat melambangkan siapa diri kita kepada umum," jelasnya.
Manakala Muhammed berkata, penyebaran maklumat yang diragui juga perlu dielakkan bagi menghindari sebarang perkara tidak diingini berlaku.

“Menjadi trend pengguna laman sosial, gemar berkongsi mesej-mesej berantai yang diterima. Apa yang dilihat informasi tersebut tidak diteliti kesahihan dan kreadibiliti sumber sebelum dikongsikan.

“Kesannya, fitnah akan tersebar luar, pembohongan akan menjadi-jadi dan tidak mustahil mengakibatkan persengketaan dalam kalangan umat Islam," katanya.

Khalwat siber

Selain menerusi laman sosial di internet, interaksi menerusi telefon bimbit antara pasangan bukan mahram juga bukan menjadi ruang yang membolehkan untuk terus berhubung secara berdua-duaan tanpa batasan.
Menegaskan perkara itu, Muhammed berkata, walaupun hanya di alam maya dan tidak berada berhadapan, namun komunikasi yang keterlaluan menerusi telefon bimbit juga mengakibatkan dosa.

Ini katanya, diistilahkan sebagai khalwat siber yang menjadi fenomena terutamanya bagi pasangan yang sedang bercinta untuk sentiasa berhubung dan berkongsikan segalanya bersama pasangan mereka.
“Apa sahaja jenis laman interaksi pada asasnya mempunyai konsep yang sama. Walaupun jasad yang berjauhan, tetapi jika mesej kandungan yang disampaikan adalah bertentangan dengan syariat maka ia adalah berdosa.

Google Image
“Begitu juga hal yang berlaku pada generasi sekarang. Pasangan, khususnya golongan remaja menjadikan telefon bimbit sebagai medium buat mereka untuk sentiasa berhubung dengan alasan sebagai tanda kesetiaan.
“Sehingga segala perkara termasuk maklumat peribadi didedahkan kepada pasangan secara tanpa batasan. Inilah budaya baharu dalam masyarakat masa kini yang dikenali sebagai khalwat," katanya.

Beliau berkata, khalwat siber didefinisikan sebagai berdua-duaan antara pasangan lelaki dan perempuan yang bukan mahram dengan membincangkan perkara yang bersifat terlalu peribadi.

Tambahnya, apa yang lebih membimbangkan adalah, khalwat siber merupakan antara faktor yang boleh merangsang kepada dosa yang lebih serius pada masa akan datang.

“Apabila berdua-duaan, tidak kira walaupun di alam maya, maka syaitan menjadi orang ketiga. Ia sebagaimana hadis Rasulullah SAW maksudnya: Sesungguhnya tidaklah seseorang lelaki itu berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali yang ketiga adalah syaitan. (riwayat Tarmizi)

“Justeru, bermula dengan hanya perkenalan dan perbualan menerusi telefon akan mendorong kepada rangsangan nafsu seterusnya iaitu memuat naik gambar dan kemudian video. Dan akhirnya disusuli dengan pertemuan di alam realiti.

“Inilah yang lebih bahaya, apabila sudah kenal dan tahu sifat peribadi, maka tidak mustahil perbuatan maksiat seperti zina boleh berlaku," katanya.

Bagaimanapun Muhammed berkata, perhubungan di alam siber tidak dihalang mengikut syariat jika mengikut batasan yang ditetapkan.

“Bukan bermaksud langsung tidak boleh, tetapi tidak salah untuk berhubung dengan bertanya khabar, perbincangan yang ada keperluan dan juga perbualan yang tidak sia-sia," katanya.

March 26, 2014

Fakta Menarik Anak Sulung

Ketahui fakta-fakta menarik tentang anak sulung. Semoga memantapkan lagi fahaman kita berkenaan anak sulung dari segi psikologi.

Google Image

1) Bersikap pelindung

Anak sulung tentulah memiliki sifat sebegini kerana mereka merasakan diri mereka ketua, abang atau kakak dan mahukan adik-adiknya berasa selamat. Sebagai anak sulung, siapa yang suka adik perempuan mereka diganggu oleh budak lelaki nakal yang suka mempermainkan wanita? Tentulah abang sulung yang merupakan anak sulung ni akan melindungi adik perempuannya walau dengan apa cara sekalipun.

Lagi satu anak sulung bukan sahaja bersikap 'protective' kepada adik beradiknya malahan kepada ibu bapa mereka juga. Jangan ada sesiapa yang memperlekehkan orang tua yang di sayangi, pasti akan terima akibatnya! Adakah anda juga begitu wahai anak sulung? 

2) Bertolak ansur

Bukannya menyerah kalah atau tidak mahu menang. Tetapi sikap terpuji anak sulung adalah mudah bertolak ansur dan tidak bergaduh untuk berebutkan sesuatu. Lebih-lebih lagi anak sulung yang jauh jaraknya dengan si adik. Oleh kerana dia sudah berasa puas dan mendapat apa yang sepatutnya, anak sulung ini akan merasa rela hati untuk memberikan barang-barangnya kepada si adik.

3) Ego/Degil

Selain dari itu, anak sulung ada juga egonya tersendiri. Oleh kerana merasakan dirinya anak pertama atau anak sulung, dia merasakan dirinya lebih pandai. Maka, jangan suka-suka mencabar ego anak sulung jika tidak cukup bekalan...haha! Anak sulung tidak suka diarahkan membuat itu dan ini, kerana mereka sudah lama dan biasa melakukannya bersendirian. Jadi, biarkan sahaja mereka asalkan apa yang mereka lakukan itu tidak memudaratkan orang sekelilingnya. Betul tak

4) Berjaya dalam hidup

Lagi satu yang saya nampak, anak sulung sering berjaya dalam hidup. Ini disebabkan mereka mahu menjadi tauldan yang baik untuk adik-adiknya. Apabila anak sulung berjaya dalam hidup, ini akan menjadi pemangkin semangat dan motivasi kepada adik beradik yang lain. Ibu bapa pun boleh tumpang bangga, betul tak mak bapak?

5) Lebih pandai ambil hati orang tua

Anak sulung memang pandai menjaga hati orang tua. Ini terbukti di depan mata saya sendiri. Abang sulung saya sangat komited terhadap kebajikan orang tua kami dan pandai mengambil hati, manakala kawan baik saya pun sangat ambil berat tentang orang tuanya walaupun dia tinggal beribu batu jauhnya dari mereka. Lagi-lagi dalam zaman teknologi canggih sekarang ni, guna apa sahaja cara pun boleh untuk tunjukkan keperihatinan kita.

6) Mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi

Anak sulung memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi secara semulajadi! Ini kerana mereka berasa bertanggungjawab kepada orang bawahannya iaitu adik-adiknya, memastikan keselamatan mereka dan adik beradik mereka terpelihara

Tanggungjawab anak sulung bukan sahaja setakat memastikan makan pakai adik beradiknya mencukupi tetapi merangkumi juga perbelanjaan pelajaran dan hal-hal berkaitan menyelesaikan masalah peribadi mereka. Jadi, tanggungjawab anak sulung memang besar dan luas terutamanya bagi yang berjantina lelaki.   

7) Pemerhatian yang tajam 

Anak sulung memiliki pemerhatian yang tajam. Bak kata pepatah, 'Sekilas ikan di laut, sudah ku tahu jantan betinanya.' Mungkin kerana pengalaman hidup yang telah dilalui, selalu menjadi pemerhati di dalam keluarganya dan juga agak cepat dewasa, jadi anak sulung lebih senang faham masalah dan kerenah orang di sekelilingnya.

8) Tidak pandai memujuk

Hai! Anak sulung tidak pandai memujuk? Kenapa agaknya eh? Kerana mereka sendiri jarang dipujuk ketika proses tumbesaran berlaku. Ini kerana kebiasaannya anak sulung akan dibiarkan memujuk diri sendiri kerana ibu bapa berpendapat anak sulung harus kuat dan matang. Ibu bapa akan mengajarkan mereka keberanian dan hidup berdikari. Jadi bukan salah ibu bapa jika mereka berfikiran begitu kerana itu semua dilakukan untuk kebaikan jangka panjang anak-anak mereka.

9) Pendiam/cool

Benarkah anak sulung bersikap pendiam? Ya, mungkin ada benarnya. Apabila berkumpul antara adik beradik, saya perhatikan anak sulung akan menjadi pendengar yang setia. Sesekali menyampuk dan tersenyum penuh makna. Dalam diam sebenarnya dia gembira melihat adik beradiknya bahagia. Dan dalam diam juga anak sulung sebenarnya penyimpan rahsia yang ulung! Anak sulung pandai menyimpan kesusahannya.

Jadi anak sulung tidak digalakkan untuk mencari pasangan daripada jenis yang sama. Bukannya apa, kalau dua-dua pendiam apa kesudahannya?? Haha...fikirlah sendiri.

10) Sukar melupakan orang yang dia sayang

Benarkah anak sulung sukar melupakan orang yang dia sayang atau pernah sayangi? Yang ini kena check dengan anak sulung...hihi. Tapi jika ikut pemerhatian saya terhadap beberapa orang kawan baik yang secara kebetulan pun anak sulung, nampaknya ada kebenaran fakta tersebut.

Shhhh...anak sulung memang setia kut! Walaupun telah berkahwin dengan pasangan masing-masing, di dalam hati masih terpahat kukuh nama sidia! Walaupun tidak berjaya sehidup semati, mereka rasional menerima kenyataan tetapi kekal menyayangi di dalam hati. Hah! Sah kan anak sulung memang sukar melupakan sesuatu yang pernah mereka sayangi.

11) Senang memaafkan orang 

Anak sulung mudah memaafkan orang lain. Terutamanya terhadap adik beradiknya sendiri. Bagi anak sulung, tidak ada gunanya menyimpan dendam di dalam hati. Mereka bersikap rasional dan berfikiran terbuka. Sebab itu jika diperhatikan, ramai anak sulung yang kena 'buli' dengan adik-beradiknya. Namun begitu kerana sikap memaafkan yang ada pada anak sulung inilah membuatkan dia disayangi ramai. 

Selain daripada fakta-fakta di atas, ada juga saya terbaca mengatakan anak sulung juga kuat cemburu, manja dan pemurah hati serta agak degil. Sebenarnya banyak karekter dan personaliti anak sulung yang boleh dikaji lagi. Ternyata bukan mudah juga untuk menjadi anak sulung walaupun orang kata kuasa veto di tangan mereka!

Tepat atau tidak fakta ini bukanlah ukuran sebenar.

March 20, 2014

Kenali Asma pada anak anda

Google Image
Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar bersenam. Ketika otot kejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan, menyebabkan paru-paru berkurangan udara dan mengakibatkan pesakit boleh pengsan.

Penyakit ini boleh menyerang kanak-kanak mahupun orang dewasa. Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus dan biasanya ia tidak boleh diubati.

Pun begitu ia akan hilang dengan sendiri apabila kanak-kanak dewasa. Secara global, hampir 300 juta individu menghidap asma dan bilangan ini dijangka meningkat 100 juta lagi menjelang 2025.

Kebarangkalian kanak-kanak mendapat asma antara usia 0 hingga 14 tahun sebanyak 4.5 peratus manakala bagi orang dewasa berusia 15 tahun ke atas ialah 4.1 peratus.

Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan hilang apabila mencapai usia 12 hingga 13 tahun. Manakala 50 hingga 60 peratus sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun, sementara 20 peratus lagi mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil sembuh.

Menyedari pentingnya membanteras penyakit itu, terutama di kalangan kanak-kanak, syarikat penjagaan kesihatan pengguna dan farmaseutikal, GlaxoSmithKline (GSK) memperkenalkan Fluticasone propianate iaitu alat sedut dos bermeter yang mempunyai kesan nyata atasi anti keradangan dalam paru-paru.

Alat sedutan yang boleh didapati dalam dos 50 mikro gram itu dikhaskan bagi kanak-kanak penghidap asma berusia setahun ke atas yang dapat mengurangkan gejala dan eksaserbasi asma pesakit yang sebelumnya dirawat menggunakan bronkodilator atau terapi propilaktik lain.

“Asma adalah penyakit kronik paling kerap berlaku di kalangan kanak-kanak. Senario ini berlaku di semua negara tanpa mengambil kira tahap pembangunan,” kata Pengerusi Majlis Asma Malaysia, Dr Norzila Mohamed Zainudin.

Tambahnya, kebanyakan pesakit asma ada keperluan berkaitan penyakit yang belum ditemui, seterusnya menyebabkan tahap kawalan asma lemah yang mungkin disebabkan perbezaan tanggapan mengenai kawalan penyakit itu dan sasaran rawatan oleh pesakit dan pakar perubatan masing-masing.

“Secara am, pesakit hanya mahu sembuh dan mengelak gangguan dalam kegiatan sosial mereka, manakala pakar perubatan menekankan keperluan mengurangkan keradangan salur udara dan responsi keterlaluan bagi mencapai pengawalan asma,” katanya.

“Ini penting bagi kanak-kanak penghidap asma untuk mengurangkan pemodelan semula salur udara yang mungkin menyebabkan gangguan tetap salur udara apabila dewasa,” katanya.

Ubat asma terbahagi kepada dua iaitu kelegaan dan kawalan. Ubat kelegaan mempunyai kesan jangka pendek yang boleh membantu menghentikan gejala yang menyerang manakala ubat kawalan membantu mengawal asma bagi sesetengah tempoh dengan mengurangkan keradangan dan mukus pada salur udara.

Sementara itu, Pengurus Perhubungan Perubatan GSK, Dr Thravin G Nathan berkata, penyakit asma kecil boleh menyebabkan morbiditi tinggi, terutama pada tempoh apabila ia kurang dikawal.

“Ia menyebabkan gangguan kepada aktiviti harian normal dan pendidikan, seterusnya membebankan keluarga kanak-kanak penghidap asma. GSK komited meningkatkan pengurusan dan rawatan asma lebih berkesan dengan menyediakan terapi kawalan peringkat pertama bagi kanak-kanak dan dewasa.

“Kajian secara double-blind plasebo terkawal selama enam bulan yang dijalankan terhadap 34 kanak-kanak berusia enam hingga 24 bulan menunjukkan keberkesanan dan ia selamat digunakan,” katanya.


Soalan Lazim:


  • Apa itu asma?

    Asma adalah penyakit alahan yang mengganggu saluran udara (bronkus). Ketika berlaku tindak balas alahan, bronkus menjadi sempit dan dipenuhi lendir. Ini menyebabkan kesesakan nafas. Serangan asma boleh menakutkan anak kerana perasaan lemas menyebabkan anak panik dan ini membuat pernafasan semakin sukar.

    Punca awal menyebabkan alahan, iaitu alergen seperti debunga atau habuk rumah, yang biasanya dibawa oleh angin. Bagi anak menghidap asma, tekanan emosi dan senaman boleh menyebabkan serangan.

    Asma biasanya menyerang kanak-kanak berumur dua tahun ke atas. Keadaan ini biasanya masalah keturunan dan disusuli penyakit alahan lain seperti ekzema. Namun, kebanyakan kanak-kanak pulih semakin umur meningkat.

    Kebanyakan bayi berumur kurang satu tahun mempunyai bunyi nafas berdehit jika menghidap bronkitis. Ini berlaku apabila saluran udaranya yang kecil menjadi radang.


  • Adakah keadaan ini serius?

    Serangan asma mungkin menakutkan tetapi jika diberi ubat dan nasihat doktor diikuti, anak anda tidak akan menghadapi kerumitan.

    l Tanda-tanda
    1. Sesak nafas
    2. Rasa lemas
    3. Bunyi nafas yang berdehit
    4. Batuk yang berterusan
    5. Bibir kelihatan biru (sianosis) disebabkan kekurangan oksigen


  • Tindakan perlu dilalukan?

    Segera bawa anak berjumpa doktor apabila mengalami asma. Jika ia berlaku ketika anak tidur, dudukkan dan sokong belakangnya dengan bantal. Anda juga boleh tundukkan anak di atas kerusi dan lengannya diletakkan pada belakang kerusi supaya beban pada dadanya diringankan. Ini membolehkan otot dada mengeluarkan udara dengan lebih cekap.

    Cuba bertenang kerana keresahan hanya membuat anak anda lebih takut. Ketika menunggu doktor, cuba alihkan perhatian anak kepada benda lain, misalnya nyanyikan lagu bagi membantu anak melupakan keadaan nafasnya yang berdehit.


  • Apakah tindakan doktor?

    Doktor mungkin mengesyorkan penggunaan bronkodilator untuk membuka bronkus dengan mengendurkan otot. Dadah ini disedut terus dalam bronkus. Serangan yang teruk mungkin memerlukan rawatan hospital dan dos lebih tinggi diberikan secara sedutan atau titisan intravena.

    Jika ada tanda jangkitan dada, antibiotik mungkin disyorkan. Doktor akan menerangkan cara menghalang serangan akan datang dan mungkin menentukan alergen sama ada melalui ujian bagi alergen tertentu seperti debunga dan habuk rumah.

    Doktor akan memberi bekalan kecil dadah bronkodilator, sama ada dalam bentuk cecair atau kapsul untuk dimasukkan ke dalam penyedut. Ini harus diambil sebaik serangan bermula. Doktor akan menasihatkan anda supaya memberitahunya jika anak mengalami serangan teruk atau jika serangan tidak reda walaupun anak diberi dua dos bronkodilator.

    Doktor mungkin mengesyorkan dadah steroid jika langkah lain tidak dapat menghalang serangan berikutnya. Dos steroid rendah mungkin perlu disedut tiga atau empat kali sehari atau jika tindakan ini tidak berkesan, dos lebih tinggi diberi dalam bentuk pil.


  • Bagaimana saya boleh membantu?

    Jika doktor gagal menentukan alergen, cuba tentukan sendiri dan catat bila serangan berlaku dan waktunya. Pastikan rumah bebas daripada alergen biasa seperti kekabu selain gunakan pembersih vakum untuk membersihkan habuk di rumah.

    Kebanyakan pesakit asma alah terhadap haiwan. Jika anda memelihara haiwan kesayangan, minta bantuan rakan menjaganya selama beberapa minggu bagi menentukan sama ada kekerapan serangan asma anak anda berkurangan.

    Pastikan anak membawa ubat setiap masa. Maklumkan kepada pihak berkuasa sekolah mengenai kemungkinan serangan ini berlaku dan rujuk kepada pakar fisioterapi supaya anak anda boleh mempelajari cara bernafas untuk membantunya menenangkan diri ketika berlaku serangan.

    Galakkan anak duduk atau berdiri tegak supaya paru-parunya mempunyai lebih ruang. Jangan biarkan anak menjadi terlalu gemuk kerana ini membebankan paru-paru.

    Senaman ringan membantu pernafasan anak tetapi latihan berat boleh membawa kepada serangan asma.

    Selain latihan jasmani, syorkan anak anda memakai lencana ‘Medic Alert’.-sumber
  • Subjek Lain

     

    © 2013 Petua Keibubapaan. All rights resevered. Designed by Templateism

    Back To Top