Google Image |
1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika
anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh,
jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu
misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda
terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda
mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda
juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan
bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik
pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti
‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan
kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu
yang berguna.
2. Jangan berbahasa bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa
bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila
anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi
anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar,
tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba
jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan
anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan
menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang
mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila
bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.
3. Ganjaran
Seperti anak anda yang
sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian,
memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil
menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam
kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda.
Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang.
Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu,
anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut
kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.
4. Bacakan buku
Anda pastinya sudah
biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak
anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah
kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi
anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku
itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan
dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada
itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku.
Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca
sendiri nanti.
5. Mula awal
Ajarlah anak anda pada
awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu
pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan
objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang!
Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada
awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.
6. Bersabar
Percayalah anak anda
tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang
dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar
untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak
mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran
sehingga anak anda pandai.
7. Penerokaan.
Biarkan bayi anda
melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang,
merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda
boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil
untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat
untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.
8. Belajar dengan gembira
Mengajar anak bukan
sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan
untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan
dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil
barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda
dapat melakukan dengan baik sekali.
9. Permudahkan
Jangan meletakkan
harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut
arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk
melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar
abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang
pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa
bosan.
10. Teruskan!
Untuk memastikan anda
berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan
putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang
besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak
mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian
untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan
fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.-PAMA
Top 7 Casinos in California
ReplyDeleteTop 7 Casinos in California. What 토토 배당 can you expect 한게임 포커 머니 상 in a casino with lots of slot machines? In this review, 먹튀탐정 we explain what slots 먹튀신고 machines offer to How many slots can you play in a 슈어맨 casino in California?