February 20, 2014

Resepi Susu Badam | Alternatif Susu Formula

21:20


Admin pasti ramai yang sudah pun arif tentang kelebihan dan kebaikan susu ibu. Untuk ibu bapa yang mempunyai masalah dalam memberikan susu ibu, kini anda mempunyai alternatif lain yang lebih mudah dan menyihatkan.

Bila menyebut tentang susu badam/almond, pasti ramai yang beranggapan susu yang dicampur dengan badam/almond. Hakikatnya susu badam/almond adalah susu yang dihasilkan dari kacang itu sendiri.

Khasiat badam bukanlah asing lagi bagi semua orang. Kacang badam merupakan makanan wajib bagi orang Israel kerana khasiatnya yang membantu dalam perkembangan otak anak.  Mereka mengamalkan pemakanan kacang badam bersama tamar/kurma dan susu sejak mengandung. Sebab itu orang Israel bijak kan?

Memakan kurma pula beerti menghidupkan sunnah pemakanan. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: 

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Untuk entri kali ini kami akan kongsikan cara-cara untuk membuat susu badam/almond + kurma.

Gambar Hiasan
 Cara-cara (update):

 1. Rendam 1 cawan badam semalaman (5-8jam)

 2. Blend badam yang ditapis bersama 4 cawan air masak.

 3. Untuk rasa manis anda boleh kisarkan bersama beberapa biji kurma / buah tin



 4. Tapis (sekurang-kurangnya 2 kali) susu badam dan sedia untuk diminum

 5. Untuk tidak membazir, hasil tapisan(kacang badam & kurama) boleh dicampur dengan susu + tepung dan boleh dibuat lempeng atau jemput-jemput

Selamat Mencuba!!!

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

1 comments:

  1. kalau kurma tu tukar dgn buah tin, ape rse dia? rse dia still sama or lain? and lagi satu, mana lagi sedap: susu badam dgn kurma or susu badam dgn buah tin? sekadar bertnya...

    ReplyDelete

 

© 2013 Petua Keibubapaan. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top