July 07, 2014

[TIPS] Menyusukan Anak ketika Berpuasa

Bulan Ramadhan tiba lagi. Bulan yang penuh barakah dan kita sepatutnya menggunakan kesempatan ini untuk melipat gandakan ibadah.

Namun dalam menjalani ibadah puasa ini, sudah tentu ia menguji keperibadian kaum hawa yang menyusu badan anak-anak mereka. Umum tahu yang susu badan atau 'breast milk' adalah makanan terbaik yang boleh diberikan kepada bayi semasa peringkat awa kelahiran.


Apabila berpuasa, sudah tentu sedikit sebanyak ia akan menjejaskan kandungan susu ibu kerana kuantiti makanan dan minuman yang diambil oleh kaum ibu semakin berkurangan.

Oleh sebab itu, kaum ibu perlu memanfaatkan sebaiknya waktu bersahur dan berbuka. Berikut adalah beberapa cadangan atau tips untuk kaum ibu yang sedang menyusukan bayi sambil menjalani ibadah puasa.

Banyakkan makan buah-buahan dan 
Buah-buahan segar mengandungi vitamin dan sumber mineral utama yang diperlukan oleh seseorang untu kekal bertenaga. Amalkan pemakan kurma. 
 
Buat kerja rumah pada waktu malam
Elakkan melakukan kerja rumah pada waktu siang. Keletihan sedikit sebanyak mempengaruhi kuantiti susu anda
 
Ahli keluarga bantu isteri
Pada bulan puasa, suami atau bantulah ister atau ibu dalam melakukan kerja rumah. Ia dapat mengurangkan keletihan kaum ibu.

Tidur yang cukup 
Tidur yang cukup amat penting untuk kekal cergas dan bertenaga. Jika bayi anda jenis merengek menyusu pada waktu malam dan menggangu waktu tidur anda, carilah sedikit masa pada waktu siang untuk berehat dan tidur.

Banyakkan beribadah
Ketika berpuasa, emosi kaum ibu mudah terganggu. Amalan berzikir, dan membaca Al-Quran, dapat menenangkan jiwa. Selain memperoleh pahala, ia dapat merehatkan minda dan emosi kaum ibu.

June 18, 2014

Beri Peluang Anak Anda Bermain

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling menyeronokan. Mana tidaknya, sepanjang masa dihabiskan dengan bermain.

Selain tidak perlu memikirkan mengenai masalah sekeliling, menjadi seorang kanak-kanak juga bermakna anda bebas bermain dan meneroka kehidupan ini mengikut kemahuan sendiri.

Begitu pun, tidak ramai ibu bapa yang sanggup mengambil risiko membenarkan anak mereka bermain dan bebas menerokai alam di sekeliling mereka.

Ini kerana naluri semula jadi ibu bapa sememangnya sentiasa mahu melindungi anak meskipun tanpa sedar ini boleh menyebabkan mereka kurang berdikari.

Keadaan itu tidak boleh diambil mudah kerana kanak-kanak seharusnya diberi peluang melalui pengalaman sendiri untuk melatih mereka berdikari bagi menghadapi kehidupan masa depan yang lebih mencabar.


Pakar Perkembangan Kanak-kanak Fisher Price Asia Tenggara, Carrie Lupoli berkata, bermain sangat penting kerana ia fitrah semula jadi bagi kanak-kanak yang sedang melalui pelbagai fasa sebelum mencapai tahap kedewasaan.

Bermain adalah peringkat permulaan kanak-kanak pada proses pembelajaran, membina perhubungan serta kemahiran harian dalam membina perkembangan otak.

“Ramai ibu bapa tidak tahu tempoh usia sebulan sehingga mencecah tiga tahun ke atas adalah masa yang sangat kritikal dalam membantu fungsi perkembangan otak serta pembelajaran mereka.

“Dalam tempoh itu, kanak-kanak perlu diajar untuk meneroka apa yang ada di sekitar mereka tanpa rasa takut untuk mencuba,” katanya.

Menurut Carrie, setiap ibu bapa seharusnya menyediakan asas yang kukuh kepada anak mereka dan bukan hanya mengutamakan pencapaian pembelajaran semata-mata.

Ibu bapa seharusnya menggalakkan anak supaya berfikir di luar kotak dan lari daripada kebiasaan yang sering mereka lakukan.

“Pemikiran kreatif ketika bermain menunjukkan minda kanak-kanak sedang berkembang secara semula jadi.

“Justeru, sebagai langkah sokongan, anda boleh membeli peralatan mainan yang dapat membantu mereka belajar dan berdikari sesuai dengan peringkat umur,” katanya.

Tambahnya, ibu bapa di negara barat contohnya mula mendidik anak mereka untuk berdikari ketika masih kanak-kanak. Tidak hairanlah jika remaja di barat yang berusia 18 tahun sudah keluar dari rumah ibu bapa untuk belajar hidup sendiri.

“Situasi berkenaan berbeza dengan masyarakat di Asia kerana ada sesetengahnya yang masih selesa tinggal bersama keluarga meskipun sudah memasuki alam pekerjaan atau berumah tangga,” katanya.

Carrie berkata, ibu bapa perlu mendidik anak masing-masing dengan apa yang mungkin diperlukan ketika mereka dewasa kelak.

Dalam hal berkenaan katanya, ibu bapa perlu memberi sokongan penuh walaupun ada ketikanya apa yang berlaku bukan seperti yang mereka rancang.

“Dalam mendidik anak, pembelajaran itu perlu sentiasa berterusan kerana perkembangan minda kanak-kanak hanya mula stabil ketika mereka berusia enam tahun.

“Untuk itu, ibu bapa perlu mengambil peluang yang ada untuk mendidik dan menerapkan nilai murni dalam diri kanak-kanak sejak peringkat awal bagi memastikan mereka mempunyai asas yang kukuh,” katanya.

Sementara itu jelasnya, walau sesibuk mana sekali pun, ibu bapa tidak seharusnya mengabaikan perkembangan minda anak mereka.

Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab berkenaan kepada pengasuh atau guru di sekolah semata-mata.

“Sebaiknya, ibu bapa perlu selalu meluangkan masa bersama anak sama ada mengajak mereka berbual atau menyertai permainan bersama.

“Bermain sambil belajar bukan saja untuk hiburan, tetapi dapat membantu memberi banyak pengajaran berguna kepada si kecil.

“Masa berharga itu bukan saja membuatkan si kecil berasa dihargai, malah ia juga dapat mempengaruhi perkembangan minda dan fizikal dengan lebih sempurna,” katanya.-Harian Metro

April 15, 2014

Kisah anak yang 'menjadi' dan anak yang 'tidak menjadi'

Cikgu Zakuan (bukan nama sebenar) adalah seorang guru cemerlang yang begitu berjaya di sepanjang kerjayanya. Beliau dan isterinya Maimunah yang juga seorang guru berijazah mempunyai anak yang agak ramai dan terpelajar.

Google Image
Semua anak-anak mereka berjaya dalam akademik dan cemerlang dalam profession masing-masing setelah memiliki ijazah perubatan, ijazah sarjana dan ada juga yang memiliki ijazah kedoktoran falsafah di universiti yang terkenal di dalam dan di luar negara.

Ringkasnya, semua anak-anak mereka kini berjawatan tinggi dan bergaji besar kecuali ‘Angah’, anak ke duanya yang tidak begitu ‘menjadi’ kerana tidak belajar sampai ke universiti dan hanya melakukan kerja-kerja pertanian di tanah pusaka peninggalan datuknya di kampung.

Namun apabila Cikgu Zakuan dan Cikgu Maimunah telah sampai ke tahap usia emas, ke semua anak-anaknya yang hebat dan berjaya tadi terus menetap di KL, Ipoh dan JB kerana berdekatan dengan institusi tempat mereka bekerjaya.

Anak-anaknya yang mempunyai posisi istimewa di dalam kerjaya ini tidak mempunyai banyak kesempatan untuk meluangkan banyak masa dengan mereka berdua yang semakin tua melainkan panggilan talipon sekali sekala dan ziarah di hari raya yang sangat mereka nanti-nantikan.

Lebih menyedihkan apabila ada di kalangan mereka yang langsung tidak mengambil berat mengenai keadaan ayah dan ibu mereka yang semakin tua. Bahkan juga tidak mengambil berat mengenai tanggung-jawab lain sebagai seorang Islam seumpama mengerjakan solat dan sebagainya.

Tinggallah Angah, anak ke duanya yang merupakan seorang petani yang dikatakan oleh orang ramai sebagi tidak ‘menjadi’ itu. Angahlah yang tekun berkhidmat dengan mengiringi Cikgu Zakuan dan isterinya yang semakin tua ke masjid setiap hari dan juga menemani mereka menyertai aktiviti masyarakat kampung yang lainnya sehinggalah mereka berdua meninggal dunia.

Apabila diceritakan kisah ini dan cerita-cerita yang seumpama dengannya, saya akan terus teringat kepada doa Nabi Ibrahim a.s,

“Ya Tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang – orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhanku perkenankanlah doaku , ya Tuhanku beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan seluruh orang mukmin, pada hari terjadinya hisab.

Surah Ibrahim ; Ayat 40 -41

Moga-moga kita berjaya memiliki anak-anak ‘yang menjadi’ dari pandangan ‘mata hati’….
Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin


April 14, 2014

Hindari Lelaki Gatal

Google Image
LELAKI. Akalnya beribu, nafsunya satu. Apabila sampai pada peringkat umur tertentu, perangai miang mula menonjol. Barat kata, Life begin at 40.

Ketika peringkat inilah kaum lelaki mula berada pada kedudukan kewangan yang paling stabil malah berlebihan. Mereka ada kuasa di tempat kerja dan tidak kurang juga yang mencapai taraf hebat dalam perniagaan masing-masing.

Keadaan ini menyumbang kepada peningkatan tahap ‘macho’ dan kegagahan lelaki. Apabila kuasa dan kestabilan hidup berada di tangannya, hormon testosteron yang mendorong dia menjadi sang pemburu mula berlebihan.

Minat memburu semakin membara tidak kisah ke arah apa pun baik dari segi hobi memancing, mengumpul barangan antik, motor kuasa besar dan macam-macam lagi termasuklah memburu nafsunya yang satu, iaitu wanita.

Dia akan memburu wanita cantik dan muda terutama sekali yang paling sukar untuk ditawan. Jika perkara ini tercapai, dia akan berasa kepuasan yang tidak terhingga.

Dia akan berbangga menceritakan kepada kawan-kawan mengenai kejayaannya memburu wanita-wanita cantik di luar.

Ini kerana, sang pemburu akan jadi lebih bermotivasi apabila dia berjaya meletakkan diri melebihi pencapaian saingan-saingannya.

Dia akan berusaha untuk menangkap mangsa dengan pelbagai cara dan taktik. Dengan semua kelebihan ada terutama sekali kewangan dan hormon yang tinggi, maka mudahlah dia melakukan pemburuan.

Dorongan untuk bermiang-miang juga semakin hebat, meski pun ada isteri cantik di rumah!

Itulah lelaki. Lelaki miang setepatnya. Bagi kaum wanita, belajarlah cara menangkis usaha golongan ini. Usah hairan jika anda salah seorang mangsa gangguan-gangguan lelaki miang di tempat kerja. Mereka hanya perlu ditebak dengan sikap tidak ambil peduli. Jika perlu, laporkan kepada pihak berkuasa atau majikan.

Dan bagi para isteri, ketahui bagaimana mengawal lelaki miang. Pelajari dan buat persediaan melangkah ke satu peringkat di mana suami anda bakal berada di tahap paling stabil dalam kehidupannya.

Apabila perubahan mula berputik, mulakan pelan kawalan anda. Tawan hatinya dan tenteramkan dia di syurga rumah tangga anda.

Jika segala-galanya telah anda lakukan namun tidak menampakkan jalan, muhasabah diri dengan kenyataan ini; Tak perlu teman sehebat Sulaiman, andai tidak secantik Balqis; tak perlu diharap yang setampan Yusof, andai kasih tak setulus Zulaikha; usah damba seteguh Ibrahim, andai tak sekuat Siti Hajar; Mengapa mahu bak Rasulullah, andai hati tak sesempurna Siti Khadijah.

Hargai apa yang kamu ada. Cari kebaikan dan kelebihan yang tersembunyi. Ada sebab mengapa dirimu dijodohkan dengan dia meskipun fitrahnya mengejar sesuatu yang lain.-SINAR

Tips Mengurangkan rasa Mual dan Muntah semasa Hamil

Google Image
Anda boleh makan makan ringan atau cracker kegemaran anda sejerus bangun dari tidur. Ini membantu menyerap asid dan mengekalkan tahap gula di dalam darah
Cuba makan makanan ringan setiap 2 jam sepanjang hari untuk mengurankan rembesan asid akibat perut kosong dan menyebabkan loya.
Amalkan juga snek sebelum tidur
Ambil dengan kadar kerap makanan seperti avakado, keju susu atau keju yang boleh mencegah muntah
Makan makanan yang dimasak menggunakan halia. Minum air lemon yang dapat meneutralkan asid di dalam perut.
Makan asam juga dapat mengurangkan loya.
Elakkan memakan makanan seperti caffein, makanan berminyak, makanan manis seperti kek dan coklat kerana ia menyebabkan anda muntah
Minum air sekurang-kurangnya 10 gelas sehari untuk mengelakan sembelit
Elakkan meminum sejumlah air selepas makan
Jangan lupa ambil vitamin pranatal anda sebelum dan selepas tidur
Pakai pakaian yang selesa dan sejuk. Elakkan berada di suasan sesak dan hangat kerana perempuan mengandung mengalami perubahan hormon yang cepat.
Jauhkan dari tempat dan bau-bauan yang tidak menyenangkan dan boleh menyebabkan anda berasa loya dan muntah
Sekiranya terasa mual dan ingin muntah cuba dengan menarik nafas dalam dan panjang
Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi
Sekiranya anda mengalami mual dan muntah yang teruk berjumpalah dengan pakar anda

Subjek Lain

 

© 2013 Petua Keibubapaan. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top