Bulan Ramadhan tiba lagi. Bulan yang penuh barakah dan kita sepatutnya menggunakan kesempatan ini untuk melipat gandakan ibadah.
Namun dalam menjalani ibadah puasa ini, sudah tentu ia menguji keperibadian kaum hawa yang menyusu badan anak-anak mereka. Umum tahu yang susu badan atau 'breast milk' adalah makanan terbaik yang boleh diberikan kepada bayi semasa peringkat awa kelahiran.
Apabila berpuasa, sudah tentu sedikit sebanyak ia akan menjejaskan kandungan susu ibu kerana kuantiti makanan dan minuman yang diambil oleh kaum ibu semakin berkurangan.
Oleh sebab itu, kaum ibu perlu memanfaatkan sebaiknya waktu bersahur dan berbuka. Berikut adalah beberapa cadangan atau tips untuk kaum ibu yang sedang menyusukan bayi sambil menjalani ibadah puasa.
Banyakkan makan buah-buahan dan
Buah-buahan segar mengandungi vitamin dan sumber mineral utama yang diperlukan oleh seseorang untu kekal bertenaga. Amalkan pemakan kurma.
Buat kerja rumah pada waktu malam
Elakkan melakukan kerja rumah pada waktu siang. Keletihan sedikit sebanyak mempengaruhi kuantiti susu anda
Ahli keluarga bantu isteri
Pada bulan puasa, suami atau bantulah ister atau ibu dalam melakukan kerja rumah. Ia dapat mengurangkan keletihan kaum ibu.
Tidur yang cukup
Tidur yang cukup amat penting untuk kekal cergas dan bertenaga. Jika bayi anda jenis merengek menyusu pada waktu malam dan menggangu waktu tidur anda, carilah sedikit masa pada waktu siang untuk berehat dan tidur.
Banyakkan beribadah
Ketika berpuasa, emosi kaum ibu mudah terganggu. Amalan berzikir, dan membaca Al-Quran, dapat menenangkan jiwa. Selain memperoleh pahala, ia dapat merehatkan minda dan emosi kaum ibu.
Showing posts with label susu ibu. Show all posts
Showing posts with label susu ibu. Show all posts
July 07, 2014
November 04, 2013
Kebaikan Susu Ibu
Kebaikan Susu Ibu
KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA IBU
KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA IBU
- Penyusuan susu ibu boleh melewatkan kedatangan haid dan dalam masa yang sama boleh merancang kehamilan
- boleh melangsingkan badan
- Membantu mengembalikan rahim ke saiz asal dengan lebih cepat
- Mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari
KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA BAYI
- Mengandungi zat makanan yang betul mengikut keperluan bayi
- Mengandungi antibodi yang boleh melindungi bayi dari jangkitan kuman, alahan seperti cirit birit, bronkitis dan radang paru paru
- Mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut
- Mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak bayi
- Susu ibu diperoleh dengan mudah dan bila-bila masa
- Memberi keselesaan kepada bayi
- Menjalinkan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya
#panduanpenjagaananak
By:
Unknown
On 15:09
Subscribe to:
Posts (Atom)

