Ketahui fakta-fakta menarik tentang anak sulung. Semoga memantapkan lagi fahaman kita berkenaan anak sulung dari segi psikologi.
Google Image |
1) Bersikap pelindung
Anak sulung tentulah memiliki sifat sebegini kerana mereka merasakan diri mereka ketua, abang atau kakak dan mahukan adik-adiknya berasa selamat. Sebagai anak sulung, siapa yang suka adik perempuan mereka diganggu oleh budak lelaki nakal yang suka mempermainkan wanita? Tentulah abang sulung yang merupakan anak sulung ni akan melindungi adik perempuannya walau dengan apa cara sekalipun.
Lagi satu anak sulung bukan sahaja bersikap 'protective' kepada adik
beradiknya malahan kepada ibu bapa mereka juga. Jangan ada sesiapa yang
memperlekehkan orang tua yang di sayangi, pasti akan terima akibatnya!
Adakah anda juga begitu wahai anak sulung?
2) Bertolak ansur
Bukannya menyerah kalah atau tidak mahu menang. Tetapi sikap terpuji anak sulung adalah mudah bertolak ansur dan tidak bergaduh untuk berebutkan sesuatu. Lebih-lebih lagi anak sulung yang jauh jaraknya dengan si adik. Oleh kerana dia sudah berasa puas dan mendapat apa yang sepatutnya, anak sulung ini akan merasa rela hati untuk memberikan barang-barangnya kepada si adik.3) Ego/Degil
Selain dari itu, anak sulung ada juga egonya tersendiri. Oleh kerana merasakan dirinya anak pertama atau anak sulung, dia merasakan dirinya lebih pandai. Maka, jangan suka-suka mencabar ego anak sulung jika tidak cukup bekalan...haha! Anak sulung tidak suka diarahkan membuat itu dan ini, kerana mereka sudah lama dan biasa melakukannya bersendirian. Jadi, biarkan sahaja mereka asalkan apa yang mereka lakukan itu tidak memudaratkan orang sekelilingnya. Betul tak
4) Berjaya dalam hidup
Lagi satu yang saya nampak, anak sulung sering berjaya dalam hidup. Ini disebabkan mereka mahu menjadi tauldan yang baik untuk adik-adiknya. Apabila anak sulung berjaya dalam hidup, ini akan menjadi pemangkin semangat dan motivasi kepada adik beradik yang lain. Ibu bapa pun boleh tumpang bangga, betul tak mak bapak?5) Lebih pandai ambil hati orang tua
Anak sulung memang pandai menjaga hati orang tua. Ini terbukti di depan mata saya sendiri. Abang sulung saya sangat komited terhadap kebajikan orang tua kami dan pandai mengambil hati, manakala kawan baik saya pun sangat ambil berat tentang orang tuanya walaupun dia tinggal beribu batu jauhnya dari mereka. Lagi-lagi dalam zaman teknologi canggih sekarang ni, guna apa sahaja cara pun boleh untuk tunjukkan keperihatinan kita.6) Mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi
Anak sulung memiliki rasa tanggungjawab yang tinggi secara semulajadi! Ini kerana mereka berasa bertanggungjawab kepada orang bawahannya iaitu adik-adiknya, memastikan keselamatan mereka dan adik beradik mereka terpelihara
Tanggungjawab anak sulung bukan sahaja setakat memastikan makan pakai
adik beradiknya mencukupi tetapi merangkumi juga perbelanjaan pelajaran
dan hal-hal berkaitan menyelesaikan masalah peribadi mereka. Jadi,
tanggungjawab anak sulung memang besar dan luas terutamanya bagi yang
berjantina lelaki.
7) Pemerhatian yang tajam
Anak sulung memiliki pemerhatian yang tajam. Bak kata pepatah, 'Sekilas ikan di laut, sudah ku tahu jantan betinanya.' Mungkin kerana pengalaman hidup yang telah dilalui, selalu menjadi pemerhati di dalam keluarganya dan juga agak cepat dewasa, jadi anak sulung lebih senang faham masalah dan kerenah orang di sekelilingnya.8) Tidak pandai memujuk
Hai! Anak sulung tidak pandai memujuk? Kenapa agaknya eh? Kerana mereka sendiri jarang dipujuk ketika proses tumbesaran berlaku. Ini kerana kebiasaannya anak sulung akan dibiarkan memujuk diri sendiri kerana ibu bapa berpendapat anak sulung harus kuat dan matang. Ibu bapa akan mengajarkan mereka keberanian dan hidup berdikari. Jadi bukan salah ibu bapa jika mereka berfikiran begitu kerana itu semua dilakukan untuk kebaikan jangka panjang anak-anak mereka.Benarkah anak sulung bersikap pendiam? Ya, mungkin ada benarnya. Apabila berkumpul antara adik beradik, saya perhatikan anak sulung akan menjadi pendengar yang setia. Sesekali menyampuk dan tersenyum penuh makna. Dalam diam sebenarnya dia gembira melihat adik beradiknya bahagia. Dan dalam diam juga anak sulung sebenarnya penyimpan rahsia yang ulung! Anak sulung pandai menyimpan kesusahannya.
Jadi anak sulung tidak digalakkan untuk mencari pasangan daripada jenis yang sama. Bukannya apa, kalau dua-dua pendiam apa kesudahannya?? Haha...fikirlah sendiri.
10) Sukar melupakan orang yang dia sayang
Benarkah anak sulung sukar melupakan orang yang dia sayang atau pernah sayangi? Yang ini kena check dengan anak sulung...hihi. Tapi jika ikut pemerhatian saya terhadap beberapa orang kawan baik yang secara kebetulan pun anak sulung, nampaknya ada kebenaran fakta tersebut.11) Senang memaafkan orang
Anak sulung mudah memaafkan orang lain. Terutamanya terhadap adik
beradiknya sendiri. Bagi anak sulung, tidak ada gunanya menyimpan dendam
di dalam hati. Mereka bersikap rasional dan berfikiran terbuka. Sebab
itu jika diperhatikan, ramai anak sulung yang kena 'buli' dengan
adik-beradiknya. Namun begitu kerana sikap memaafkan yang ada pada anak
sulung inilah membuatkan dia disayangi ramai.
Tepat atau tidak fakta ini bukanlah ukuran sebenar.
0 comments:
Post a Comment