Showing posts with label pemakanan. Show all posts
Showing posts with label pemakanan. Show all posts

November 05, 2013

Keperluan Bayi

Keperluan Bayi

Ketahuilah anda bahawa "you are what you eat". Pakar pemakanan berpendapat bahawa makanan yang sihat perlu bermula dari kecil. Berikut merupakan makanan berkhasiat yang dicadangkan:
1. Susu
Untuk 6 bulan pertama, bayi hanya memerlukan susu ibu. Seperti diketahui umum, susu ibu mempunyai pelbagai khasiat yang diperlukan bayi
2. Roti dan bijirin
Roti dan bijirin atau kanji adalah sumber tenaga,vitamin,mineral dan serat yang baik. Walaupun begitu, makanan berasaskan gandum tidak digalakkan untuk bayi 6 bulan ke bawah.
3. Daging, Ikan, Telur dan Protein Sayuran
Selain ikan, daging dan telur, kekacang seperti soya juga adalah sumber protein.
4. Buah dan Sayur
Buah dan sayuran adalah makanan yang wajib untum kanak-kanak kerana kaya dengan vitamin, mineral, dan serat. Setelah bayi mencecah umur 6 bulan, perkenalkanlah bayi dengan makanan berasaskan sayuran.
5. Produk tenusu
Susu, keju dan tenusu mengandungi protein, vitamin, kalsium dan mineral yang diperlukan untuk tumbesaran kanak-kanak.
6. Garam
Sebaik-baiknya elakan penggunaan garam dan serbuk perasa kepada makanan kanak-kanak sehingga umurnya 2 tahun.

#panduanpenjagaananak

Info Pemakanan anak-1

Info Pemakanan anak-1

Bayi dilahirkan zat besi yang mencukupi. Penyusuan susu ibu turut membekalkannya. Namun, setelah bayi berusia 6 bulan, bekalan zat besi tersebut akan habis digunakan. Jadi amat penting untuk membekalkan makanan yang kaya dengan zat tersebut. Antara makanan yang dicadangkan, daging, telur, kacang, sayuran, bijiran dan aprikot.

#panduanpenjagaananak

November 04, 2013

Pemakanan anak sihat dan pintar

Pemakanan anak sihat dan pintar

Ibu bapa perlulah menjadi contoh kepada anak-anak. Oleh itu, mereka mestilah mengamalkan tabiat makan yang  baik. Hal ini dapat membantu kanak-kanak menyemai tabiat pemakanan yang sihat dalam kehidupan harian mereka.
Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik buat anak mereka. Apa pun semua itu haruslah bermula dari rumah. Salah satu faktor yang perlu diberikan keutamaan ialah dari segi pemakanan mereka.
Amalan pemakanan yang sihat haruslah diperkenalkan ketika anak masih diperingkat bayi. Oleh itu, ibu bapa perlulah mempunyai ilmu pengetahuan secukupnya berkaitan hal pemakanan supaya tahu apa yang anak perlukan untuk tumbesaran mereka.

#panduanpenjagaananak

Subjek Lain

 

© 2013 Petua Keibubapaan. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top