Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

November 04, 2013

Kebaikan Susu Ibu

Kebaikan Susu Ibu

KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA IBU
  • Penyusuan susu ibu boleh melewatkan kedatangan haid dan dalam masa yang sama boleh merancang kehamilan
  • boleh melangsingkan badan
  • Membantu mengembalikan rahim ke saiz asal dengan lebih cepat
  • Mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari
KEBAIKAN SUSU IBU KEPADA BAYI
  • Mengandungi zat makanan yang betul mengikut keperluan bayi
  • Mengandungi antibodi yang boleh melindungi bayi dari jangkitan kuman, alahan seperti cirit birit, bronkitis dan radang paru paru
  • Mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut
  • Mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak bayi
  • Susu ibu diperoleh dengan mudah dan bila-bila masa
  • Memberi keselesaan kepada bayi
  • Menjalinkan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibunya

#panduanpenjagaananak

November 01, 2013

Makanan Pertama

Makanan Pertama

Tahukah anda bahawa pemakanan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak. Oleh itu, makanan mereka mestilah seimbang untuk memenuhi keperluan fizikal dan mental anak yang semakin membesar.
Apabila berbicara makanan pertama anak, perkara yang terlintas adalah susu ibu. Susu ibu(breast feed) adalah makanan yang sangat penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu bersih, seimbang dan paling sesuai dengan perut bayi. Susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.
Kolostrum adalah susu ibu yang mula-mula keluar. Ia mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada sebarang jangkitan seperti cirit birit, radang paru-paru dan selsema.
 

#Panduan penjagaan anak

Subjek Lain

 

© 2013 Petua Keibubapaan. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top