February 13, 2014

Tips Mengelakkan Anak Dijangkiti Bakteria

13:25

Anak kecil dan bakteria memang tidak dapat dipisahkan. Apa yang merisaukan ibu bapa kini adalah penyakit-penyakit serius dan berjangkit apabila terdedah kepada tempat yang banyak bakteria.


Entri kali ini kami akan kongsikan kepentingan membasuh tangan selepas berada di tempat-tempat berikut:

Toothbrush Holder

Pemegang berus gigi / berus gigi itu sendiri telah dinamakan tempat yang paling banyak bakteria dalam beberapa kajian dalam tahun 2011. Pemegang berus gigi itu dikatakan terdedah kepada percikan air kumbahan daripada jamban berdekatan. Untuk membersihkannya, bersihkan pemegang berus gigi / berus gigi itu dengan air panas setiap minggu.

Pet Areas

Haiwan peliharaan dan kanak-kanak adalah seperti rakan karib. Haiwan peliharaan mengeluarkan pelbagai jenis bakteria, virus dan parasit melalui najis dan air liur. Barang mainan haiwan peliharaan juga adalah tempat pembiakan bagi virus seperti  salmonella and E. coli. Kanak-kanak perlu kerap membasuh tangan selepas bersentuhan atau memegang haiwan berkenaan.

Backyards

Bagaimanapun, menurut pakar, pendedahan kepada bakteria adalah baik untuk pembentukan sistem antibodi anak-anak. Tetapi ambilah langkah-langkah keselamatan dan pencegahan. Apabila membiarkan anak-anak bermain di laman rumah, pastikan kawasan rumah bebas daripada najis haiwan. Pastikan juga anak-anak lengkap dengan sistem imunisasi untuk mengelakkan daripada jangkitan tetanus.

Refrigerators

Salmonella, campylobacter, dan norovirus, yang menyebabkan sakit perut dan diarrhea, adalah virus biasa di dapur. Untuk mengelakkan kontaminasi kepada makanan yang disimpan di dalam fridge, simpan dengan betul bahan makanan yang mudah busuk. Basuh dan sterile fridge dan dapur anda..

Animal Environments

Zoo, educational farms, dan pameran sekolah dimana kanak-kanak boleh menyentuh haiwan adalah tempat yang menarik untuk belajar. Ia juga adalah tempat bakteria merebak. Kanak-kanak tidak perlu membawa botol minuman, makanan ataupun barang mainan ke tempat haiwan. Basuh tangan selepas bersentuhan dengan haiwan.

Floors

Lantai adalah tempat mainan kanak-kanak. Karpet dan lantai dipenuhi dengan habuk,debu, kotoran dari luar dan juga seranggan. Ini boleh menyebabkan allergies dan serangan asthma.

Standing Water

Lopak air merupakan tempat yang seronok untuk bermain. Lopak air juga adalah tempat pembiakan bakteria dan serangga seperti nyamuk dan menyebabkan pelbagai penyakit


Shopping Malls

Pasaraya juga merupakan tempat yang mudah untuk dijangkiti. Kajian menunjukkan escalator rails, elevator buttons, video game controllers dan mesin ATM adalah tempat yang penuh bakteria kerang jarang dibersihkan. Selain itu, tandas awam dan sinki di restoran juga penuh dengan bakteria jika tidak dibersihkan dengan kerap.

Kids Are Germ Vacuums

Kebiasaannya kelakuan atau habit kanak-kanak juga memainkan peranan dalam jangkitan bakteria dan virus seperti mengorek hidung, menggigit kuku, dan mengelap / membersihkan selsema dengan tangan. Untuk itu, kita  sebagai ibu bapa perlu mengajar kepentingan membasuh tangan dengan betul kepada anak-anak kita.

 

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Petua Keibubapaan. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top