February 18, 2014

Ketahui Aurat Wanita

06:26

Gambar Hiasan
Entri kali ini admin ingin kongsikan sedikit tentang aurat wanita. Aurat adalah daripada perkataan arab 'aurah' yang bermakna keaiban. Manakala dalam istilah fiwah pula aurat bermaksud sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi daripada pandangan.

Berikut adalah aurat-aurat wanita yang wajib diketahui:

1. Aurat Ketika Sembahyang
Gambar Hiasan

Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan

2. Aurat ketika Bersendirian
Gambar Hiasan

Bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Gambar Hiasan

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Namun begitu, wanita dituntut agar menutup bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini perlu dilaksanakan bagi menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini berlaku. Pakaian yang digalakkan adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

4. Siapa mahram bagi wanita?
  •  Suami
  • Ayah termasuk datuk sebelah ibu dan bapa
  • ayah mertua 
  • anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada daripada anak lelaki atau perempuan
  • anak-anak suami
  • saudara lelaki kandung seibu atau sebapa
  • anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya
  • anak saudara daripada saudara perempuan
  • sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama
  • hamba dan pelayan yang tua yang sudah tidak ada nafsu syahwat.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Petua Keibubapaan. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top