February 09, 2014

Tips Mengawal Tantrums Anak

13:03


Tantrums adalah antara situasi yang perlu dan akan dilalui oleh mana-mana insan yang bergelar ibu bapa. Tantrums selalunya akan bermula pada usia se awal 2 tahun, bila anak-anak mengalami kesukaran untuk ibu bapa memenuhi kehendak mereka.

Situasi ini di lihat akan berkurangan sehingga umur anak menjangkau 4 tahun dan ada kalanya sampai 5 tahun. Bagaimanpun, anda tidak perlu panik dengan situasi ini.

Sepanjang proses ini anda akan mendapati beberapa cara untuk mengatasi atau memujuk anak-anak yang tantrums. Entri kali ini, kami akan kongsikan beberapa tips untuk mengawal dan mengatasi tantrums anak.  

1. Keep Calm

Perkara yang utama sekali adalah anda seharusnya tenang dalam mengatasi situasi ini. Ibu bapa tidak seharusnya turut marah atau tertekan ketika anak-anak sedang tantrums. Anak-anak perlukan situasi yang tenang terutama ketika tantrums. Tarik nafas dalam-dalam dan ambil masa untuk tentukan tindakan anada seterusnya.  

2. Rancag aktiviti anak-anak

Kurang tidur adalah punca utama kepada tantrums. Untuk itu, rancanglah aktiviti anak anda. Pastikan mereka mereka mendapat waktu tidur yang secukupnya.

 3. Berikan mereka pilihan

Anak-anak sentiasa penuh dengan keinginan. Sebagai ibu bapa kita tidak seharusnya akur dengan keinginan tersebut dan sentiasa fikir yang terbaik untuk mereka. Contoh, apabila anak meminta aiskrim ketika waktu makan malam, cuba kata kepadanya "Kalau adik sedih kerana tiada aiskrim, adik perlu tidur sekarang". Anda telah memberikan anak anda pilihan, dan sekiranya dia memilih untuk berkelakuan baik dan duduk makan, jangan lupa untuk memujinya dan ingatkan tentang tindakan sekiranya dia memilih untuk bersedih (tantrums). Sekiranya dia memilih untuk bersedih, bawa dia ke bilik dan tenangkan mereka. Proses ini perlu diterapkan kepada anak seawal usia 2 tahun agar mereka faham tentang tindak tanduk mereka.

 4. Tahu tahap kesabaran anda

Tantrums bukan sahaja meningkatkan tekanan darah anak-anak malah kepada ibu bapa juga. Jika anda jenis yang kurang sabar, ambil masa untuk mengawal kemarahan anda dahulu. Dapatkan ahli keluarga yang lain untuk menjaga anak ketika anda sedang bertenang. Proses ini juga dapat mengawal tantrums anak-anak.

 5. Kenalpasti Tantrums

 Punca tantrums boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Mengenalpasti punca tersebut dapat membantu anda mengawal tantrums anak-anak. Jika tantrums disebabkan oleh kurang tidur atau lapar, tidurkan mereka atau beri mereka makan secepat mungkin. Jika tantrums disebabkan oleh kekecewaan atau ketakutan, anda perlu menenangkan mereka. Jika anak-anak rasa seperti diabaikan, habiskan masa berkualiti bersama anak anda seperti bermain, membaca, dan sebagainya.

 6. Jangan kawal tantrums dengan ganjaran

Menenangkan anak-anak yang tantrums dengan menjanjikan ganjaran adalah keputusan yang kurang bijak Jika anda membenarkan ini berlaku, anak-anak akan menggunakan kesempatan ini kerana mereka tahu yang sekiranya mereka membuat perangai, tidak akan terjadi apa-apa malah mereka akan mendapat ganjaran.

7. Ambil langkah-langkah keselamatan

Situasi tantrums mungkin menjadi di luar kawalan. Oleh itu, pastikan anda mengambil langkah-langkah keselamatan agar tiada kecederaan berlaku.

8. Berincang selepas tantrums

Banyak yang boleh diperolehi apabila tantrums anak anda reda. Cuba berbincang dengan anak tentang apa yang mereka lakukan semasa tantrums dan tanya sebab mereka buat perangai. Terangkan kepada kepada mereka tentang sikap-sikap buruk yang perlu dielakkan dan bincang dengan anak anda apa yang perlu dilakukan sekiranya dia buat perangai lagi.

9. Elakkan merotan
Elakkan mendisplin anak-anak dengan merotan. Jika perlu merotan, lakukan pada masa yang lain. Merotan merupakan langkah terakhir kerana ia akan meninggalkan kesan negatif kepada anak-anak.



Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Petua Keibubapaan. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top