Rasulullah
menggunakan beberapa kaedah dalam membina keyakinan dalam diri anak. Beliau
melakukan pelbagai kaedah agar anak-anak membesar sebagai insan yang kuat dan
berkeyakinan diri.
Di
dalam kitab Manhaj at-Tarbiyyah an-Nabawiyyah lith Thifl karangan Muhammad Nur
Abdul Hafizh Suwaid, dinyatakan antara kaedah-kaedah yang diguna-pakai oleh
Rasulullah dalam membina keyakinan anak-anak adalah:
1. Menguatkan Keinginan Anak
Kanak-kanak
mempunyai perasaan dan keinginan yang tinggi terhadap sesuatu perkara. Untuk
membina kekuatan mengawal keinginan, anak-anak harus dibiasakan dengan dua
perkara berikut:
a.)
Membiasakannya menyimpan rahsia. Sebagaimana yang dilakukan oleh
Rasulullah terhadap kanak-kanak di sekelilingnya seperti Anas dan Abdullah bin
Ja’afar RA. Ini kerana apabila si anak belajar untuk menjaga rahsia dan tidak
membocorkannya, pada masa itu juga, keinginannya menjadi semakin kuat sehingga
timbul rasa percaya yang menebal pada dirinya.
Aplikasikan pada anak anda: Beritahu sesuatu rahsia pada anak anda
dan katakan padanya ia adalah suatu rahsia yang harus dijaga. Contoh: “Along,
minggu depan adalah birthday Umi. Jangan beritahu Umi hadiah yang kita beli
ini!”
b.)
Membiasakannya berpuasa. Apabila si anak berjaya menahan lapar dan
dahaga semasa berpuasa, dia akan merasakan dirinya mempunyai kekuatan untuk
mengalahkan dirinya sendiri. Kesannya, keinginannya dalam menghadapi cabaran
hidup semakin kuat dan tabah. Perkara ini sudah tentu dapat meningkatkan
keyakinan dirinya.
Aplikasikan pada anak anda: Mengajar anak agar mengambil
pengajaran dari ibadah berpuasa. Contoh: “Tahniah! Angah dah berjaya berpuasa
sebulan Ramadhan. Waktu berpuasa kita sentiasa bersabar dan menahan dari dari
perasaan marah. Sekarang Angah harus lebih sabar dengan karenah adik!”
2. Membina Keyakinan Sosial
Apabila
seseorang anak berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan di rumah atau melaksanakan
perintah kedua ibu bapanya, perasaan keyakinan dirinya akan tersemai kuat di
dalam dirinya. Kebolehannya berdialog dan berkomunikasi dengan orang-orang
dewasa, berkumpul dah bermain bersama anak-anak lain juga boleh menumbuh dan
mengukuhkan keyakinan sosial di dalam dirinya.
Aplikasikan pada anak anda: Sewaktu menziarahi teman anda, jangan
lupa belikan buah tangan dan suruhlah anak anda untuk memberi buah tangan
tersebut. Contoh: “Along, nanti bila kita sampai di rumah Uncle Nizam, jangan
lupa bagi kerepek ubi ni. Katakan padanya Abi belikan kerepek ni special untuk
Uncle Nizam tau!”
3. Membina Keyakinan Ilmiah
Keyakinan
ilmiah dibina melalui pembelajaran Al-Quran, sunnah Rasulullah SAW dan sejarah
hidup beliau. Si anak akan tumbuh membesar dengan berbekalkan pengetahuan yang
cukup mendalam. Pengetahuan yang terbina dari ilmu yang pasti dan bebas dari
pelbagai khurafat dan khayalan ini lebih membentuk keyakinan anak-anak
berbanding komik-komik yang bersifat imaginasi dan tidak realistik.
Aplikasikan pada anak anda: Jangan lupa untuk selalu bercerita
pada anak-anak anda tentang sejarah hidup Rasulullah SAW terutamanya ketika
mereka hendak tidur. Anak-anak mesti tidak sabar untuk mendengar kisah-kisah
menarik daripada anda. Disebalik kisah-kisah tersebut, selitkan moral cerita
yang boleh menjadi pengajaran berguna buat mereka.
4. Membina Keyakinan Kewangan
Anak-anak
yang telah dapat menguruskan dirinya hendaklah dibiasakan untuk membantu dalam
urusan menguruskan wang dan berbelanja.
Diriwayatkan
oleh Malik dari Sulaiman bin Yasar: Makanan Sa’id bin Abi Waqqas telah habis.
Dia berkata kepada pembantunya yang masih muda, “Ambillah tepung kemudian
tukarkanlah dengan gandum. Timbangannya harus sama.”
Rasulullah
SAW melihat Abdullah bin Ja’far yang saat itu masih muda sedang melakukan
transaksi jual-beli. Lalu beliau mendoakan keberkatan untuknya.
Aplikasikan pada anak anda: Ajarlah anak anda nilai wang yang
diterima dan bagaimana mereka harus menjaga dan menggunakan wang tersebut
dengan betul.
Demikianlah
dapat kita perhatikan betapa telitinya Rasulullah SAW dalam membina
peribadi anak-anak sehingga mereka berjaya menjadi generasi pewarisnya
yang terbaik.
#panduanpenjagaananak
0 comments:
Post a Comment