![]() |
Gambar Hiasan |
Minda kanak-kanak umoama span yang akan menyerap segala apa yang dilihat di sekelilingnya. Disebabkan itulah kita digalakkan menyediakan perekitaran uang positif dan kondusif buat anak termasuk menyediakan barang permainan yang betul mengikut usia.
Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan permainan adalah kaedah yang paling berkesan untuk anak-anak mempelajari kemahiran pembangunan.
Bagaimanapun, tidak memadai untuk membuat anak anda duduk di depan barang mainan tersebut dan mengharapkan proses pembelajaran sedang berlaku dan ia boleh diresapi oleh anak-anak. Ia mampu dicapai melalui permainan interaktif yang lengkap bersama ibu bapa.
Alat mainan juga mampu untuk menjadi saluran atau galakkan untuk mainan interaktif, tetapi bukan untuk mengambil alih peranan orang dewasa berkomunikasi dengan anak-anak mereka.
Pilihlah Mainan Mengikut Umur
0 - 9 Bulan
Mainan yang melibatkan deria/Mobil/kerincing/mainan yang boleh dimamah/buku bod/buku kain/Punca dan tindak balas/Mainan 'pop up' dan 'busy boxes'.
9 - 18 bulan
Mainan yang meniru kehidupan sebenar/peralatan plastik/makanan mainan/haiwan ladang
18 - 36 bulan
Mainan penyelesaian masalah/permainan lengkap melengkapi/mainan tolak dan tarik dan bola
Barangan mainan yang membantu regangan tangan
Doh/Krayon/Bod Conteng/Cat jari
Mainan yang membantu mereka berimiginasi
pakaian berhias/boneka atau patung
Memahami kemahiran pembangunan yang patut anak anda tunjukkan pada setiap peringkat umur akan membantu ibu bapa menentukan jenis mainan yang perlu diperkenalkan kepada anak-anak.
Carilah jalan untuk menyokong dan membentuk kemahiran yang sesuai dengan umur anak-anak anda melalui permainan berasaskan interaksi. Pastinya, alat permainan tersebut akan menjadi alat pembelajaran yang berkesan.
0 comments:
Post a Comment