December 26, 2013

[TIPS] Beg Untuk Adik


Beg adalah salah satu keperluan penting si kecil sama ada untuk di bawa ke sekolah atau bersiar-siar. Ia penting untuk adik mengisi perkakas yang diperlukan untuk kegunaan sendiri.

Tujuan
  1. Beg perlulah bedasarkan tujuan asal penggunaannya. Jika ia untuk ke sekolah maka lebih elok jika ia lebih kukuh dan lasak memandangkan ia akan digunakan dengan kerap dalam jangka masa yang panjang. Pilihlah jenis yang praktikal dan mudah dikendalikan.
  2. Sekiranya adik memerlukan beg untuk bersiar-siar, beg tersenut perlulah mempunyai ruang penyimpanan yang lebih luas di samping poket-poket untuk mengisi keperluan kecil

Reka bentuk
  1. Bagi adik yang masih kecil, belikan beg yang sesuai dengan saiz badan.
  2. Beg sandang sesuai untuk si kecil yang tidak membawa muatan yang tidak terlalu berat.
  3. Rekaan beg troli cukup sesuai bagi beg mengembara atau ke sekolah. Adik tidak perlu menggalas atau membimbit. Cukup sekadar menolaknya dan adik sampai ke destinasi.

Material
  1. Pilih material yang jenis tahan lasak. Elakkan fabrik yang mudah terkoyak sebaliknya pilihlah beg yang diperbuat daripada material kalis air dan ringan
  2. Beg jenis bercengkerang juga opsyen yang baik kerana beg pasti sukar rosak atau terkoyak walaupun tergores dan terhentak berulang kali

5 Sebab adik perlu beg sendiri
  1. Adik jadi lebih berdikari membawa barang keperluan sendiri
  2. Memberikan privasi kepada mama dan papa
  3. Adik dapat membuat keputusan apa yang hendak di bawa. Hal ini menjadikan adik matang dan melatih otak berfikir.
  4. Proses membuka zip atau butang beg melatih kombinasi mata-tangan
  5. Adik boleh menyimpan barang keperluannya dengan lebih selamt tanpa tercicir.

Ciri-Ciri Praktikal Beg

  1. Rekaan beg jenis troli yang  ringan
  2. Boleh juga digunakan sebagai beg galas
  3. Ada perlindungan khas meliputi roda semasa beg digalas. Ini lebih praktikal adik lebih selesa dan bersih
  4. Comel, sangat bergaya dan berfungsi optimum
  5. Reka bentuk ruang penyimpanan utama yang luas untuk penstoran maksimum
  6. Cangkerang pada hadapan beg berfungsi melindungi barang hak milik adi.
  7. Beg yang disertakan dengan tikar serbaguna
  8. Diperbuat daripada material kukuh dan tidak mudah tercalar
  9. Jahitan kemas mengelakkan dari terkoyak dengan penggunaan yang lasak
  10. Tali bahu yang boleh laras mengikut keselesaan adik
  11. Ringan
  12. Sesuai untuk menyimpan lampin, mainan, pakaian, aksesori bayi, pam payudara
  13. Ia juga beg pelbagai guna untuk ke sekolah, kembara, perjalanan jauh dan lain-lain
  14. saiz 30L x 20W x 40H

December 25, 2013

Redakan Ekzema anak


Ekzema adalah masalah kulit yang biasa dihadapi oleh si manja. Ia biasanya terjadi kepada si manja sejak lahir dan akan hilang sendirinya sebelum si manja melangkah ke sekolah rendah, Atopic eczema atau dematitis adalah jenis ekzema yang biasa dihidapi oleh anak-anak.

Penyebab Ekzema:

  1. Pendedahan kepada bulu binatang
  2. Penggunaan bahan kimia kepada pada kulit
  3. Pemakaian fabrik sintetik
  4. Panas dan berpeluh
  5. Cuaca kering dan sejuk
  6. Tekanan perasaan/stress
  7. Kulit terlalu kering
Simptom Ekzema
  1. Kegatalan pada kulit yang terbentuk dalam bentuk tompok
  2. Lokasi tumpuan ialah di bahagian muka, bahagian berlipat pada si manja seperti leher, pelipatan lengan, belakang lutut, telinga dan pada kulit kepala.
  3. Terdapat kanak-kanak mengalami ekzema di lutut dan siku
  4. Kegatalan akibat selalunya akan menyebabkan kulit kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Ada kalanya kulit merekah dan menyebabkan terjadinya infeksi.
  5. Kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik
Cara Merawat
  1. Sapuan pelembabp kulit yang diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi steroid adalah pilihan terbaik
  2. Kuku si manja perlulah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru
  3. Tuam menggunakan pek ais untuk mengurangkan kegatalan
  4. Sentiasa memakai pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar
  5. Tutup bahagian gatal dengan pakaian
  6. Menggosok bahagian kulit yang gatal perlahan-lahan untuk melegakan
  7. Sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk
  8. Amalkan penyusuan susu ibu. Elakkan susu lembu, kekacang dan makanan laut yang mungkin boleh menyebabkan radang ekzema tercetus.
  9. Dapatkan nasihat doktor pakar

December 18, 2013

Atasi Anak Kencing Malam [Tips]



Apakah punca kencing malam?
Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.
Dikatakan juga kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil.
Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing di waktu malam.

Tip mengatasi
*Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di kalangan kanak-kanak adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah kencing malam yang kronik.
*Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.
*Ajar anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.
*Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur. Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.
*Jika anak tidur sendirian di bilik mereka, pastikan laluan ke bilik air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk buang air.
*Jangan marah atau memalukan mereka akan perbuatan tersebut. Mereka bukan sengaja melakukan perkara itu. Sebaiknya beri sokongan kepada mereka.
*Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.
*Cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki diri.
*Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau alas tilam dengan plastik atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak mahu kencing malam.
*Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.

December 17, 2013

Didik anak Cemerlang [Tips]



Konsisten dengan peraturan yang ditetapkan

Jadilah pendengar yang setia

Bersikap jujur kepada anak

Memperuntukan masa berkualiti untuk bersama anak

Pandanglah anak dengan penuh kasih sayang

Berikan penghargaan setiap kali anak melakukan perbuatan baik

Tenangkan anak anda setiap kali dia  memerlukannya

Hargailah permainan kesayangan anak anda

Berbicaralah dengan anak anda

Ajaklah anak anda solat berjemaah dengan anda

Bayi anda demam? [Tips]

Bayi anda demam? [Tips]



Demam bukanlah penyakit tetapi hanya gejala yang sering oleh bayi. Suhu badannya yang melebihi 37'C daripada normal iaitu 36'C. Bagi anak yang di bawah usia 6 bulan, suhu badan  melebihi 37'C adalah serius jika ia kekal tinggi sehingga boleh mencecah 40'C, ia berisiko berlakunya konvulsi(kekejangan) atau serangan sawan.

Tindakan anda:
  1. lap pada anggota badannya, berikan parasetamol
  2. Galakkan anak minum air yang banyak
  3. Berjumpa doktor untuk rawatan lanjut jika suhu badan naik mendadak dan bayi masih demam.
Periksa Suhu Badan
- Gunakan termometer raksa atau digital untuk mengetahui suhu badan bayi anda. Jika suhu melebih 37'C ini menandakan anak anda demam.

Lap Badan
- Tanggalkan pakaiannya untuk meredakan demamnya. Badannya perlu disejukkan. Udara yang panas dalam bilik atau pakaian yang tebal boleh menyebabkan suhu badan bayi naik mendadak.

- Menggunakan kain tuala kecil lap bahagian dahi bayi. Lakukan berulang kali sekitar dahi bayi.

- Lap bahagina ketiak. Lakukan pada kedua-dua bahagian kanan dan kiri berulang kali.

- Basahkan lagi kain tadi dan lapkan pada bahagian badannya secara berulang kali.

- Jangan lupa untuk lapkan bahagian belakang badan, leher dan belakang telinga.

- Kemudian lapkan bahagian tapak kaki dan betisnya. Lakukan pada kaki kiri dan kanan secara berulang kali.

Perlu Tahu

Jika berlaku serangan sawan atau kejangan, di rumah atau dalam perjalanan ke hospital, basahkan badan bayi umpama memandikannya.

Waktu kecemasan ini, ambil air untuk basahkan seluruh badannya. Jangan biarkan situasi ini berlaku lebih satu minit. Ketika ini badannya akan mengeras dan anak matanya akan naik ke atas. Ini disebabkan suhu badannya sudahh mencecah 40'C. Dia akan kembali normal setelah badannya kembali sejuk.

Pastikan anak anda menangis kerana ia adalah tanda yang dia sudah sedar. Segera masukkan ubat ke dalam dubur dan segeralah ke hospital.

Situasi ini mungkin berlaku sehingga anak anda berusia 6 tahun. Serangan sawan boleh mengakibatkan berlaku kecacatan otak, malah jika ia dibiarkan terlalu lama serangan sawan ini boleh mengundang maut kepada anak anda.

Jadi waspadalah sekiranya anak anda demam.

December 16, 2013

Vaksin Penyelamat Bayi



Kanak-kanak dan bayi mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit kerana sistem imun mereka belum terbentuk sepenuhnya. Dengan mendapatkan imunisasi lengkap, anda dapat mengelakkan anak daripada dijangkiti beberapa penyakit berjangkit.

Imunisasi merupakan satu proses pemberian vaksin kepada bayi dan kanak-kanak bertujuan untuk mencegah jangkitan penyakit. Suntikan imunisasi diberikan secara berperingkat dalam jangka masa tertentu kerana ketika baru dilahirkan, badan bayi belum dapat menghasilkan antibodi mereka sendiri. Hanya selepas jadual imunisasi dipenuhi, baru badan mereka dapat menghasilkan antibodi secekupnya untuk melawan serangan virus atau bakteria.




Vaksin merupakan virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi melalui mulut atau secara suntikan. Imunisasi adalah satu proses selamat tetapi ada kalanya menyebabkan beberapa komplikasi kepada bayi seperti bengkak, keradangan, bisul atau ulser pada tempat yang disuntik.


Melengahkan pemberian imunisasi kepada anak akan menyebabkan antibodi dalam tubuh mereka berkurangan dengan cepat dan mungkin tiada langsung antibodi jika suntikan vaksin seterusnya tidak diberi.

Jika seseorang kanak-kanak itu tidak diberi sesetangah jenis suntikan imunisasi, maka dia akan tidak dilundungi daripada penyakit yang sepatutnya dibendung oleh vaksin berkenaan. Misalnya, jika kanak-kanak itu tidak mendapat suntikan tiga serangkai, maka dia berisiko mendapat penyakit yang sepatutnya dilindungi oleh vaksin tersebut.

Setiap kali seseorang kanak-kanak itu dirawat di hospital, status imunisasinya akan disemak. Jika terdapt sebarang imunisasi yang belum diberi, dia akan diberikan imunisasi tersebut sebelum meninggalkan hospital.


December 15, 2013

5 Tip Kekal Intim dengan Suami

5 Tip Kekal Intim dengan Suami

1. Baring di sisi. Jika suami di atas, dia perlu lebih kreatif apabila perut anda semakin membesar. Mengiring juga membenarkan suami menjauhkan sebahagian besar beratnya daripada rahim.



2. Gunakan katil sebagai alat membantu. Bengkokkan lutut. Punggung dan kaki berada di tepi tilam. Suami boleh sama ada melutut atau berdiri di depan anda.

3. Baring sisi ke sisi dalam posisi sudu yang hanya membolehkan penetrasi tohor. Jolokan suami yang dalam boleh menimbulkan ketidakselesaan. 




4. Naik atas suami. Ini tidak meletakkan tekanan atas abdomen dan membenarkan anda mengawal ke dalam penetrasi.









5. Masuk dari posisi duduk, yang juga tidak meletakkan berat ke atas rahim. Cuba duduk di atas riba suami anda manakala dia duduk di atas kerusi yang kukuh.





#panduanpenjagaananak

December 04, 2013

Hadkan Masa Menonton Televisyen

Hadkan Masa Menonton Televisyen

Anak-anak dan televisyen memang sukar dipisahkan. Tetapi jangan sampai mereka menjadikan televisyen sebagai tempat bergantung sehingga semua perilaku dipengaruhi oleh televisyen.

Penting bagi ibu bapa untuk mendidik anak agar tidak meniru perilaku dalam rancangan televisyen yang ditonton.

Kebanyakan rancangan yang tersiar dalam televisyen mengandungi banyak keganasan yang langsung tidak sesuai untuk peringkat usia kanak-kanak. American Academy of Pediatrics menyarankan ibu bapa menyediakan jadual atau menapis terlebih dahulu rancangan mana yang sesuai ditonton oleh anak-anak.


Apa Ditonton Anak!

·         Buat jadual menonton televisyen yang dipersetujui bersama. Misalnya dilarang membuka televisyen semasa waktu makan malam keluarga.
·         Hadkan waktu menonton televisyen, iaitu satu jam pada hari biasa dan dua hingga tiga jam di hujung minggu.
·         Jangan gunakan menonton televisyen sebagai ganjaran atau hukuman kerana  ia dapat membuatkan televisyen semakin tinggi nilainya di mata anak.
·         Seboleh mungkin temankan anak ketika mereka menonton kerana anda dapat menerangkan kekeliruan yang dilihat daripada rancangan televisyen. 

Rancangan Yang Sesuai Dipilih

·         Mengandung nilai-nilai positif, misalnya berkongsi, rajin, berakhlak dan kasih sayang dalam keluarga dan kawan-kawan.
·         Sesuai dengan minat anak.
·         Merangsang rasa ingin tahu anak.
·         Membantu anak belajar bahasa dan tatabahasa baru.
·         Membuatkan anak gembira.
·         Mengembangkan minat anak pada aktiviti lain seperti membaca, dan melakukan kegiatan luar rumah.

Bagaimana Jika Si Kecil “TV Mania”

·         Alihkan perhatian dengan memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan interaksi antara anda dan anak seperti membacakan buku cerita. Apabila kanak-kanak terlalu kerap                       menonton televisyen, mereka kurang tertarik pada buku.
·         Mengurangkan masa menonton secara perlahan namun konsisten.
·         Galak anak melakukan aktiviti yang aktif seperti menunggang basikal, bermain bola yang banyak mengeluarkan peluh berbanding aktiviti pasif seperti menonton televisyen.
·         Disiplin menonton televisyen tidak akan berhasil jika ibu bapa sendiri tidak mengamalkan disiplin menonton televisyen di hadapan anak-anak.

SUMBER

#panduanpenjagaananak

 

Biarkan si Ayah menukar lampinya

Biarkan si Ayah menukar lampinya



Sesekali Si Ayah perlu ringan tangan untuk membantu ibu menukar lampin anaknya. Menukar lampin bukan sesusah yang disangka. Malah anda boleh meringankan tugas isteri kesayangan anda!!!

Berikut adalah langkah mudah menukar lampin anak anda

*Pastikan si kecil menangis kerana tidak selesa lampin sudah dipenuhi najis atau air kencing.
*Baringkan bayi di atas tilamnya.
*Ambil barang keperluan untuk menukar lampin termasuk lampin yang bersih, tisu basah, air bersih dan tikar menukar lampin.
*Pujuk bayi sambil anda segera membuka lampin kotornya.
*Bersihkan kawasan sulit anak dan segera memakaikan lampin baru untuk mengelakkan dia daripada buang air kecil pula.

#panduanpenjagaananak

Tips Mendidik Anak Menjadi Seorang Yang Bijak

Tips Mendidik Anak Menjadi Seorang Yang Bijak


Jadikan muzik sebahagian hidup anak anda 

Kajian membuktikan, mendengar muzik akan meningkatkan daya ingatan, fokus, semangat dan pembelajaran. Muzik juga dapat membantu menghilangkan tekaan dan gangguan minda anak anda. Belajar sambil bermain merupakan antara teknik pendekatan yang terbaik di kalangan bayi sehingga mereka berumur 6 tahun. Selitkan unsur teladan, doa, pengiraan dan pengenalan huruf dalam lagu adalah penyumbang terbesar pertumbuhan intelek anak anda.

Biarkan anak anda lihat anda lakukan perkara yang elok 

Kanak-kanak merupakan peniru yang hebat. Jika mereka melihat anda membaca buku, menulis, menari atau melukis pastinya mereka akan perlahan-lahan meniru apa yang anda lakukan. Bagi mereka apa yang mama mereka lakukan adalah betul dan itulah cara terbaik bagi mereka turut merasai apa yang anda rasai.

Hadkan waktu menonton TV mereka 

Anak anda seharusnya tidak wajar menonton TV sebelum umur 2 tahun. Membiarkan mereka menonton TV terlalu banyak tanpa ada had dan pengawalan akan mempengaruhi daya pemikiran dan persepsi anak anda. Jika tidak dikawal, mereka akan menukar karton-karton di dalam TV seperti Spongebob menjadi model ikutan mereka dan bukan anda lagi. Ini sangat membahayakan!

Berikan anak anda bermain permainan interaktif di komputer 

Inilah antara cara yang terbaik untuk menarik minat anak anda untuk belajar tentang abjad, kiraan, muzik, iqra’,gambar dan sebagainya. Mereka akan mudah tertarik dengan pelbagai warna di skrin komputer apatah lagi jika ianya bergerak apabila disentuh. Ini juga antara konsep belajar sambil bermain yang anda boleh lakukan di rumah selain bermain bersama rakan di dalam kelas playgroup misalannya.

Berikan mereka makanan yang berkhasiat 

Memberi makanan yang bernutrisi akan menjadikan anak anda seorang yang cerdik. Pemberian makanan yang berzat ini patut dititik beratkan bukan hanya ketika dalam kandungan tapi sehingga dewasa kelak. Bagi anak yang 9 tahun ke atas, berikan mereka makanan berprotein yang tinggi (telur,ikan,daging) untuk meningkatkan tahap fokus, kepekaan dan pemikiran mereka. Karbohidrat menyumbang kepada keperluan makanan minda anak anda untuk berfikir dengan cepat dan betul. Jadikan buah-buahan dan sayuran kawan rapat anak anda disamping ambilan vitamin, madu, kurma dan kismis merah/hitam.

SUMBER
#panduanpenjagaanak

Subjek Lain

 

© 2013 Petua Keibubapaan. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top