Apakah punca kencing malam?
Menurut Pakar Kanak-Kanak, ada beberapa faktor utama berkait rapat
dengan kencing malam. Antaranya keturunan, kelewatan dalam mencapai
tahap kematangan untuk pengawalan pundi kencing dan kurangnya
penghasilan hormon antidiuretik (ADH) ketika tidur.
Dikatakan juga kanak-kanak yang mempunyai masalah kerap kencing malam disebabkan ruang pundi kencing mereka bersaiz kecil.
Kurang penghasilan hormon yang dipanggil vasopressin semasa
tidur.Vassopressin adalah penting untuk mengurangkan penghasilan kencing
di waktu malam.
Tip mengatasi
*Percaya atau tidak, antara kaedah mengatasi tabiat kencing malam di
kalangan kanak-kanak adalah dengan menggunakan hipnosis. Kajian tersebut
telah diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Norway dan secara
jelas mengatakan, ia adalah antara rawatan berkesan menangani masalah
kencing malam yang kronik.
*Elakkan memberi anak minum susu atau air dalam masa dua atau tiga jam sebelum mereka tidur.
*Ajar anak disiplin membuang air kecil sebelum mereka tidur.
*Sekiranya sedang melatih anak bebas lampin, kejutkan anak untuk bangun
dan membuang air kecil selepas dua atau tiga jam mereka tidur.
Lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan rutin ini.
*Jika anak tidur sendirian di bilik mereka, pastikan laluan ke bilik
air diterangi lampu dan mudah untuk mereka bangun di tengah malam untuk
buang air.
*Jangan marah atau memalukan mereka akan perbuatan tersebut. Mereka
bukan sengaja melakukan perkara itu. Sebaiknya beri sokongan kepada
mereka.
*Beritahu anak mengapa mereka tidak boleh buang air di atas katil. Ajar
mereka tentang kebersihan, hukum kencing sebagai najis dan sebagainya.
*Cara psikologi seperti sistem ganjaran dan penghargaan mungkin dapat
membantu. Setiap kali mereka berjaya tidak kencing malam, berikan pujian
atau penghargaan supaya mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki
diri.
*Untuk mengelakkan tilam basah dan berbau alas tilam dengan plastik
atau pad yang lebar seperti yang selalu digunakan di hospital. Secara
tidak langsung mungkin anak rasa tidak selesa dan berazam untuk tidak
mahu kencing malam.
*Banyak bersabar dan sentiasa berfikiran positif. Bukan mudah hendak
menghentikan tabiat kencing malam. Ia memakan masa dan memerlukan
kesabaran, jadi berilah masa dan peluang kepada anak.
0 comments:
Post a Comment