December 16, 2013

Vaksin Penyelamat Bayi

00:45



Kanak-kanak dan bayi mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit kerana sistem imun mereka belum terbentuk sepenuhnya. Dengan mendapatkan imunisasi lengkap, anda dapat mengelakkan anak daripada dijangkiti beberapa penyakit berjangkit.

Imunisasi merupakan satu proses pemberian vaksin kepada bayi dan kanak-kanak bertujuan untuk mencegah jangkitan penyakit. Suntikan imunisasi diberikan secara berperingkat dalam jangka masa tertentu kerana ketika baru dilahirkan, badan bayi belum dapat menghasilkan antibodi mereka sendiri. Hanya selepas jadual imunisasi dipenuhi, baru badan mereka dapat menghasilkan antibodi secekupnya untuk melawan serangan virus atau bakteria.




Vaksin merupakan virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi melalui mulut atau secara suntikan. Imunisasi adalah satu proses selamat tetapi ada kalanya menyebabkan beberapa komplikasi kepada bayi seperti bengkak, keradangan, bisul atau ulser pada tempat yang disuntik.


Melengahkan pemberian imunisasi kepada anak akan menyebabkan antibodi dalam tubuh mereka berkurangan dengan cepat dan mungkin tiada langsung antibodi jika suntikan vaksin seterusnya tidak diberi.

Jika seseorang kanak-kanak itu tidak diberi sesetangah jenis suntikan imunisasi, maka dia akan tidak dilundungi daripada penyakit yang sepatutnya dibendung oleh vaksin berkenaan. Misalnya, jika kanak-kanak itu tidak mendapat suntikan tiga serangkai, maka dia berisiko mendapat penyakit yang sepatutnya dilindungi oleh vaksin tersebut.

Setiap kali seseorang kanak-kanak itu dirawat di hospital, status imunisasinya akan disemak. Jika terdapt sebarang imunisasi yang belum diberi, dia akan diberikan imunisasi tersebut sebelum meninggalkan hospital.


Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 Petua Keibubapaan. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top