November 25, 2013

Menjadikan Makanan Anak Anda Menyeronokkan

05:27

Menjadikan Makanan Anak Anda Menyeronokkan




Melihat anak kita menikmati makanannya bersungguh-sungguh, pastinya semua ibu bapa akan merasa puas dan gembira. Setelah anak kenal istilah makan, tibalah masa memperkenalkan tentang makanan dengan lebih mendalam.

Biarpun susu ibu merupakan makanan yang paling penting, susu ibu tersebut tidak lagi berupaya memberikan nutiren yang cukup setelah anak berusia 6 bulan. Ini kerana anak-anak anda membesar dengan cepat dan memerlukan nutrien yang banyak untuk membantu dalam tumbesaran mereka.

Pada peringkat ini, perkenalkan anak anda dengan makanan yang mempunyai pelbagai perisa dan nutrien. Antara makanan yang disarankan untuk bayi 6 - 9 bulan ialah ikan dan keju. Untuk menambah variasi kepada makanan, sumber karbohidrat bolehlah digantikan dengan pasta.

Bermula usia 6 bulan juga zat besi di dalam badan bayi mula berkurangan. Makanan dan minuman yang kaya dengan vitamin C berupaya meningkatkan penyerapan zat besi.

Kebiasaanya bayi memerlukan 1 - 4 sudu besar makanan setiap kali tiba waktu makannya. Jangan panik pula sekiranya anak anda makan kurang atau lebih daripada sukatan ini. Atas dasar inilah makanan perlu diberikan 3 kali sehari kepada anak-anak. Dengan cara ini anak yang kurang makan akan mendapat khasiat yang secukupnya. Manakala anak yang kuat makan pasti akan menolak sekiranya perut mereka sudah kenyang. Bagi anak yang memilih makan, berikan sahaja puri sehingga dia jemu sebelum anda menukarkanya kepada makanan yang lebiih kasar.

Apabila selera anak meningkat, anda akan mendapati minat terhadap susu pula kurang. Keadaan ini adalah lumrah. Namun begitu, pastikan anak anda minum susu setiap hari. Anda juga tidak digalakkan memberikan anak anda susu ketika makan. Ini akan menjadikan anak anda cepat kenyang. Sebagai ganti, berikan anak anda air masak atau pun jus buah.

Makanan finger foods sangat sesuai untuk diberikan di saat anak anda baru mula tumbuh gigi. Dalam pada masa yang sama ini dapat melatih jari jemari anak anda.

Heinze antara produk yang tidak mengecewakan. Produk finger biscotti mereka dikeluarkan dengan pelbagai tekstur untuk fungsi yang berbeza. Antara fungsi tersebut ialah untuk gusi atau pun melatih jari jemari.

#panduanpenjagaananak

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

1 comments:

 

© 2013 Petua Keibubapaan. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top